awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri maklumat jika ada bukti salah laku insiden Putra Heights - Amirudin

Bernama
Bernama
02/04/2025
06:45 MYT
Beri maklumat jika ada bukti salah laku insiden Putra Heights - Amirudin
Amirudin berkata langkah itu bagi membantu siasatan terperinci oleh pihak berkuasa berhubung punca sebenar kebocoran dan kebakaran saluran gas yang mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari meminta orang ramai yang mempunyai bukti berhubung salah laku berkaitan insiden kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya semalam, supaya tampil memberi maklumat kepada polis.
Beliau berkata langkah itu bagi membantu siasatan terperinci oleh pihak berkuasa berhubung punca sebenar kebocoran dan kebakaran saluran gas yang mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk dengan skala sebegitu besar.
"Kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) sedia memberi kerjasama penuh dalam siasatan ini.
"Keutamaan bagi kerajaan negeri bersama kerajaan Persekutuan ialah keselamatan, kebajikan dan keselesaan semua penduduk yang terkesan," katanya menerusi kenyataan.
Semalam, Amirudin berkata laporan awal berhubung insiden itu akan dibentangkan dalam tempoh 72 jam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata polis akan menyiasat dakwaan kerja pengorekan tanah sebagai punca kebakaran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#Amirudin Shari
#Hussein Omar Khan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan