Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mahu rakyat memberikan mandat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membolehkan beliau meneruskan pelan transformasinya serta melaksanakan janji-janji ke arah perubahan.
Katanya, Najib telah melaksanakan tanggungjawabnya selama ini dengan agak baik.
"Berilah peluang kepada Najib. Lima tahun. Uji beliau. Berikan beliau mandat. Beliau melaksanakan amanah dengan agak baik, mari kita lihat beliau terus membuktikan kemampuannya dan meneruskan dasar transformasi beliau," kata Daim.
Daim berkata demikian dalam wawancara yang disiarkan dalam akhbar New Sunday Times hari ini. Wawancara sama juga disiarkan dalam Berita Harian Ahad.
Bagaimanapun kata Daim, Najib perlu melakukan rombakan kabinet setelah mendapat mandat itu nanti dengan melantik muka-muka baru kebanyakan anggota kabinetnya sekarang "sudah melepasi era masing-masing."
Mengenai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Daim berkata, beliau tidak fikir Anwar calon yang sesuai untuk jadi Perdana Menteri.
"Jika saudara tanya saya, di antara Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib. Saya akan beri Najib peluang. Beri beliau mandat dan lihat apakah beliau melaksanakan (tugasnya) kerana Anwar telah diberi peluang tetapi beliau mensia-siakannya," kata Daim.
Jelas Daim, beliau percaya Anwar akan memporak-perandakan negara ini dengan mendapatkan nasihat daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz.
Beliau juga bimbang kerana Anwar, katanya, tidak mempunyai pengetahuan ekonomi yang mendalam dan selalu bergantung kepada nasihat orang lain.
Beliau juga tidak nampak apa yang telah Anwar sumbangkan selama beliau jadi penasihat ekonomi kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
"Kenapa beliau tidak jadi penasihat ekonomi kepada Kelantan dan Kedah jika Pakatan (Rakyat) percaya beliau bagus? Fikir sedalam-dalamnya. Fikirkan masa depan kita," kata Daim.
Bagaimanapun kata Daim, sokongannya kepada Najib itu adalah dengan syarat Perdana Menteri mesti menangani isu rasuah dan jenayah, mengukuhkan keselamatan negara serta menyemak semula sistem pendidikan.
Katanya, sistem pendidikan negara mesti memberikan penekanan kepada bahasa Inggeris kerana tanpa bahasa Inggeris, rakyat terutamanya orang Melayu tidak akan mampu bersaing.
Mengenai soal rasuah, Daim mahu kerajaan menegaskan kepada rakyat bahawa ia serius hendak membanteras gejala itu tetapi usaha itu memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat.
"Kerajaan tidak boleh bersendirian melawan rasuah. Rakyat mesti bersih dan jujur. Jangan hanya salahkan kerajaan. Tepuk sebelah tangan tak berbunyi," katanya.
Wawancara ini jadi perhatian kerana sebelum pilihan raya umum pada 2008, Daim meramalkan Pulau Pinang, Selangor dan Kedah akan jatuh kepada pembangkang, dan ramalannya itu tepat.
Tetapi dalam wawancara ini Daim hanya mengatakan beliau yakin Barisan Nasional akan menang PRU-13 nanti tetapi mestilah ada perpaduan di kalangan parti komponennya.
Daim juga mendedahkan beliau sebenarnya penat kerana sering ditanya ramalannya mengenai siapa akan menang PRU-13 dan wawancara dengan NST ini adalah yang terakhir beliau berikan kepada media sebelum pilihan raya.
Astro Awani
Sun Mar 24 2013
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).