awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
DAP kekal prinsip penyandang asas pembahagian kerusi pilihan raya
PPP kini diiktiraf parti komponen BN - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri peluang kerajaan bentang RUU Anti Berita Tidak Benar dahulu

Shahrul Hassan
Shahrul Hassan
23/03/2018
06:53 MYT
Beri peluang kerajaan bentang RUU Anti Berita Tidak Benar dahulu
Sesi dialog antara kelab penyokong BN dan pembangkang akan diadakan minggu depan.
Pembangkang digesa beri peluang kepada kerajaan membentangkan bacaan pertama Rang Undang-Undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar terlebih dahulu, sebelum melemparkan sebarang tanggapan negatif mengenainya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau akan adakan sesi dialog antara ahli kelab penyokong Barisan Nasional (BN) dan pembangkang minggu depan.
Ini bagi memberi peluang kepada pembangkang memberi pendapat serta cadangan mereka.
"Bacaan pertama belum diadakan lagi mereka sudah buat kenyataan seolah-olah kerajaan ingin mengawal berita, sengaja adakan RUU ini semasa Pilihanraya Umum ke-14 nanti," katanya dalam satu majlis di Sungai Musuh di sini, hari ini.
Jelasnya RUU berkenaan memperuntukkan beberapa kesalahan berhubung penyebaran berita tidak benar dan langkah untuk mengatasinya.
BACA: RUU Anti Berita Tidak Benar dibawa ke Dewan Rakyat minggu depan
Dalam perkembangan lain, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang, yakin pengundi daripada warga Felda di kawasan itu akan terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional.
Ini bagi membidas kenyataan pembangkang yang menyatakan mereka yakin Pakatan Harapan (PH) akan memperolehi kemenangan besar di Johor dan menyatakan ia hanya permainan perang psikologi.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#bacaan pertama
#bentang
#Malaysia Memilih
#pembangkang
#PRU-14
#RUU Anti Berita Tidak Benar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan