KUCHING: Masyarakat tempatan perlu diberi peluang untuk menceburkan diri dalam industri kulit dan daging buaya sebagai satu daripada pendekatan untuk mengawal populasi reptilia berkenaan di Sarawak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, penglibatan masyarakat ini boleh dilaksanakan menerusi kawalan dan bimbingan pihak berkuasa untuk membolehkan mereka menyertai industri yang mencatatkan keuntungan berbilion ringgit di peringkat global.
"Tiadakah perundangan dan sistem berkaitan pengawalan buaya ini bagi membolehkan ia (kulit dan daging buaya) diniagakan pihak tempatan yang memberi pulangan seperti yang dikehendaki oleh CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu merujuk kepada kekerapan berlakunya insiden serangan buaya di Sarawak dengan dua kejadian terbaharu melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Kampung Nyabut, Telaga Air dekat sini dan seorang lelaki 56 tahun di Sungai Ahong, Lundu, kedua-duanya di kawasan Parlimen beliau.
Wan Junaidi yang pernah menjadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar sebelum ini berkata Sarawak berjaya dikeluarkan daripada Jadual Satu kepada Dua CITES ketika persidangannya di Johannesburg, Afrika Selatan pada 2016, susulan kebimbangan populasi buaya yang terlalu banyak di negeri itu.
Wan Junaidi berkata apabila Sarawak berada dalam Jadual Dua CITES, pihak berkuasa negeri itu boleh menangkap dan membunuh buaya secara berkala dan sistematik bagi mengurangkan jumlah haiwan itu namun tidak mendatangkan kepupusan.
Biarpun sudah berada dalam Jadual Dua, beliau berkata populasi reptilia ini masih tidak dapat dikawal sehinggakan serangan berlaku bukan sahaja di kawasan pedalaman malah turut berlaku di kawasan bandar.
"Dengan jumlah buaya yang banyak, sudah pasti selagi adanya saliran air, longkang, parit, sungai dan kuala, pasti akan ada buaya dan adanya mangsa," katanya.
Susulan itu, beliau meminta agensi kerajaan yang berkaitan melaksanakan satu langkah proaktif dan holistik bagi memastikan kejadian serangan buaya ini tidak berulang lagi.
"Saya mahu pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden melibatkan haiwan reptilia itu tidak mengganggu kehidupan penduduk Sarawak," tambah beliau yang turut menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dua kejadian terbaharu itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
Dengan pemantauan dan bimbingan pihak berkuasa, cadangan itu boleh menghasilkan pendapatan sekali gus mengawal populasi reptilia berkenaan. - Gambar hiasan
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Pemaju hartanah nafi dakwaan blogger tentang serangan buaya di Forest City
Hantaran berkenaan tidak berasas dan berniat jahat selain mengundang persepsi negatif dalam kalangan masyarakat dan menjejaskan reputasi.
Polis Kinabatangan lepaskan 12 das tembakan supaya buaya lepaskan mangsa dibaham
Polis Kinabatangan terpaksa melepaskan 12 das tembakan supaya seekor buaya melepaskan seorang mangsa yang dibaham haiwan berkenaan di Ladang Limddale, Kampung Paris 2 hari ini.
Fahami konflik manusia-buaya supaya wujud menang-menang dalam kitaran alam
Pemahaman biasa atau umum mengganggap kehadiran buaya memberi kesan negatif terhadap kepentingan manusia.
Buaya di Sabah dipercayai masih dalam saiz populasi sihat - Ahli zoologi
Sabah yang dilitupi kawasan berair memberikan habitat sesuai untuk buaya hidup selesa tidak kira di laut, sungai, tasik dan kolam.
Perhilitan Selangor sahkan kehadiran buaya di Tasik Kiambang
Perhilitan Selangor mengesahkan kehadiran seekor buaya di Tasik Kiambang, Serendah susulan menerima aduan awam berkaitan kelibat reptilia tersebut.
Mayat wanita Florida ditemui dalam mulut buaya
Reptilia itu kemudian dibunuh secara berperikemanusiaan, menurut kenyataan akhbar dari pejabat sheriff.
Florida: Mayat manusia ditemukan dalam mulut aligator
Aligator itu dikeluarkan dari air dan telah dibunuh.
Hasrat tangkap ketam berakhir tragedi, lelaki maut digigit buaya
Mayat lelaki warga asing berusia 23 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi pantai berhampiran Pos ATM, Kampung Tanjung Batu, sekitar jam 7.20 pagi.
Wanita warga emas cedera digigit buaya ketika tangkap udang galah
Mangsa cedera pada bahagian pergelangan kaki kanan kerana digigit reptilia terbabit selain luka di kepala akibat terhantuk bucu perahu ketika menyelamatkan diri.
Datuk Bandar Mexico kahwini buaya sempena pesta menuai
Buaya berusia 7 tahun itu dan diberi nama 'Little Princess' dipercayai mewakili dewi berkaitan dengan alam semula jadi.