awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri tumpuan kepada kisah sejarah, pastikan industri filem berkembang - Wan Junaidi

Bernama
Bernama
17/07/2022
10:19 MYT
Beri tumpuan kepada kisah sejarah, pastikan industri filem berkembang - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, usaha itu dapat membantu meningkatkan nilai dan kepelbagaian dalam seni, pelakon serta aktiviti lain yang berkaitan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pemain industri filem negara ini perlu memberi tumpuan kepada kisah-kisah sejarah serta perjuangan masa lalu dan masa kini bagi memastikan industri itu berkembang dengan baik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata usaha itu dapat membantu meningkatkan nilai dan kepelbagaian dalam seni, pelakon serta aktiviti lain yang berkaitan.
Bagi merealisasi hasrat berkenaan, Wan Junaidi berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) boleh mengenal pasti sejarah kritikal dan perjuangan pejuang masa lalu yang boleh diangkat sebagai bahan untuk dijadikan filem.
"Ia berupaya mencerminkan keadaan sebenar masyarakat dan warganegara Malaysia dari sudut sejarah, perjuangan, sama ada pada zaman pentadbiran sendiri, penjajah atau komunis," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Finas Prof Dr Md Nasir Ibrahim.
Finas yang ditubuhkan pada 12 Feb 1981, merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang berperanan sebagai agensi pembangunan industri perfileman negara.
Mencontohi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terbitan Studio Kembara Sdn Bhd yang meraih RM80 juta jualan tiket panggung, Wan Junaidi berkata filem seumpama itu berupaya mendatangkan keuntungan besar menerusi karya berteraskan sejarah dan perjuangan.
Beliau menyifatkan filem itu sebagai kejayaan yang mampu mengangkat industri perfileman tanah air ke tahap yang lebih tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#filem sejarah
#industri filem
#perjuangan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#seni perfileman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan