ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 25 November 2020.

1. Doktor asal Malaysia ini disanjung, berjaya halang gelombang kedua COVID-19 di Australia Selatan

Doktor yang berasal dari Klang, Dr Dharminy Thurairatnam, digelar sebagai hero dalam media Australia selepas berjaya menjadi individu terawal yang mengesan penularan gelombang kedua COVID-19 di Adelaide, lalu menyekatnya.

2. Isteri Presiden Colombia positif COVID-19

Isteri Presiden Colombia, María Juliana Ruiz Sandoval disahkan positif COVID-19 dalam ujian saringan yang dijalankan.

3. BTS cipta sejarah tercalon dalam Grammy 2021

BTS sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan Korea Selatan pertama dicalonkan untuk Anugerah Grammy.

4. Cedars-Sinai dipilih sebagai salah satu tempat simpan vaksin

Hospital di seluruh Amerika Syarikat bersiap sedia menerima vaksin COVID-19, sebaik sahaja ia diluluskan dan boleh digunakan.

5. COVID-19: Bakal wajibkan penumpang ambil vaksin, Qantas 'diserang' golongan antivaksin

SUSULAN pengumuman Qantas yang bakal mewajibkan penumpang destinasi antarabangsa untuk mengambil vaksin COVID-19, syarikat penerbangan utama Australia tersebut ‘diserang’ golongan antivaksin.

6. Elon Musk pintas Bill Gates, jadi individu kedua terkaya dunia

PENGASAS Tesla, Elon Musk mengalahkan Bill Gates sekali gus menjadi individu kedua terkaya di dunia, menurut senarai jutawan Bloomberg.

7. Asteroid setinggi Burj Khalifa bakal hampiri Bumi Ahad ini

ASTEROID setinggi bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa dan diameter 0.51 kilometer (km) bakal melintasi Bumi hujung bulan ini dengan jarak paling hampir dijangka pada 29 Nov ini.

8. COVID-19: Kes positif hampiri 60 juta, korban lebih 1.4 juta

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 59.5 juta.

9. COVID-19: Indonesia catat 5,534 kes baharu, kes harian tertinggi sejak Mac

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 5,534 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah harian tertinggi sejak kes pertama dikesan pada Mac, menjadikan kes keseluruhan kini sebanyak 511,836 kes.

10. Biden lebih baik daripada Trump - Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik Joe Biden sebagai pilihan rakyat Amerika Syarikat (AS) untuk menjadi Presiden yang seterusnya dan berpandangan perubahan kepimpinan itu boleh mengubah kestabilan politik di peringkat global.