ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 21 April 2021.

1. COVID-19: Lebih 2,000 kematian di India dalam tempoh 24 jam, Singapura perketat pintu masuk

India melaporkan lebih daripada 2,000 kematian akibat COVID-19, sekali gus menjadi angka korban paling tinggi dalam tempoh 24 jam di negara itu.

2. Keputusan pembunuhan George Floyd langkah besar menentang perkauman - Biden

Presiden Joe Biden menggambarkan kematian George Floyd satu pembunuhan secara terang-terangan dan memperlihatkan kepada dunia masalah perkauman dan kepolisan di Amerika Syarikat.

3. Kes Floyd: Bekas polis Derek Chauvin dihukum penjara sehingga 40 tahun

Bekas anggota polis, Derek Chauvin pada Selasa disabitkan kesalahan membunuh dan menyebabkan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd

4. Thailand buat persediaan terima rakyatnya pulang dari Malaysia

Thailand sedang membuat persediaan termasuk mengadakan saringan COVID-19 yang lebih ketat di sempadannya, sebagai persediaan negara itu menerima kepulangan rakyatnya yang sebelum ini terkandas di Malaysia.

5. COVID-19 | EMA kesan 'kemungkinan kaitan' darah beku dan J&J

Dalam perkembangan berkaitan, Agensi Ubat-Ubatan Kesatuan Eropah (EMA) menemui 'kemungkinan kaitan' antara vaksin Johnson & Johnson dan masalah gumpalan darah.

6. Akibat salah faham, pesakit COVID-19 diisytihar mati dua kali

Akibat salah faham, seorang pesakit COVID-19 diisytihar telah meninggal dunia dua kali oleh sebuah hospital di India.

7. Puluhan pejalan kaki angkat bas, bantu remaja tersepit

Puluhan pejalan kaki dan saksi kejadian membantu pihak penyelamat mengangkat sebuah bas untuk menarik keluar seorang remaja perempuan yang kakinya tersepit di China.

8. Liga Super Eropah: Ia seperti kartel yang menghalang persaingan, kata Boris Johnson

Boris Johnson pada Selasa menyifatkan rancangan pembentukan Liga Super Eropah (ESL) seperti satu 'kartel' dan mengulang kenyataannya membantah perkara itu.

9. COVID-19: Kes jangkitan melebihi 142 juta, korban lebih 3 juta

Jumlah keseluruhan penularan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 142 juta.

10. Wanita warga emas HK berputih mata, simpanan RM132 juta dilesap sindiket

Seorang wanita Hong Kong berusia 90 tahun telah diperdaya hingga menyebabkannya kerugian sejumlah AS$32 juta (RM132 juta), menerusi satu sindiket yang menyamar sebagai pihak berkuasa China.