Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 20, 2021 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 20 Disember 2021.
1. Lapan jemaah umrah Thailand positif varian Omicron
Lapan jemaah Thailand disahkan positif varian Omicron selepas pulang dari Mekah, Arab Saudi.
2. Indonesia sahkan dua lagi kes varian Omicron
Indonesia mengesan dua lagi kes varian Omicron menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak tiga kes, kata pegawai Kementerian Kesihatan.
3. Arab Saudi harap Indonesia akan hantar pekerja secepat mungkin
Arab Saudi menjadi negara terbaharu menyertai Malaysia yang mengemukakan permohonan kepada kerajaan Indonesia untuk membekalkan tenaga pekerja secepat mungkin.
4. Korban akibat Taufan Rai di Filipina meningkat 208 orang, 50 lagi masih hilang
Angka korban akibat Taufan Rai yang membadai Filipina minggu lepas, meningkat kepada 208 orang manakala lebih 50 lagi masih hilang, lapor Sputnik memetik media Filipina .
5. India uji peluru berpandu generasi baharu
India pada Sabtu melancarkan ujian peluru berpandu balistik generasi baharu yang mampu membawa kepala peledak nuklear.
6. COVID-19: UK sahkan 3,201 lagi kes varian Omicron
Sejumlah 3,201 kes varian Omicron telah dikesan di United Kingdom, menjadikan jumlah Varian Membimbangkan (VOC) di negara itu meningkat kepada 14,909 kes.
7. Saifuddin adakan kunjungan hormat terhadap Imran Khan
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan, di luar Sesi Luar Biasa ke-17 Majlis Menteri-Menteri Luar (CFM) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini pada Ahad.
8. Manusia tertua di China meninggal dunia pada usia 135
Manusia tertua di China, Alimihan Seyiti, meninggal dunia di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada Khamis pada usia 135 tahun, lapor Agensi Berita Xinhua.
9. Tragedi belon istana: Seorang lagi kanak-kanak meninggal dunia
Angka kematian susulan tragedi permainan belon istana di Australia minggu lepas meningkat kepada enam selepas seorang lagi kanak-kanak meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.
10. Lelaki maut dipukul beramai-ramai di Kuil Emas
Seorang lelaki maut selepas dipukul orang ramai dalam kejadian di sebuah kuil di India.
#Omicron #Thailand #umrah #COVID-19 #Indonesia #Arab Saudi #Filipina #Taufan Rai #India #United Kingdom #Saifuddin Abdullah #Imran Khan #China