awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
Kejayaan PSIS di SIIF 2025 bukti TVET bukan lagi pilihan kedua - Zambry
Thailand, Kemboja setuju gencatan senjata serta-merta mulai tengah hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin adakan kunjungan hormat terhadap Imran Khan

Bernama
Bernama
19/12/2021
20:00 MYT
Saifuddin adakan kunjungan hormat terhadap Imran Khan
Dalam pertemuan itu kedua-dua pemimpin menyentuh pelbagai isu termasuk kemanusiaan dan bantuan kepada Afghanistan. -Bernama
ISLAMABAD: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan, di luar Sesi Luar Biasa ke-17 Majlis Menteri-Menteri Luar (CFM) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini pada Ahad.
Dalam pertemuan itu kedua-dua pemimpin menyentuh pelbagai isu termasuk kemanusiaan dan bantuan kepada Afghanistan.
Selain itu, Saifuddin dan Imran Khan turut berbincang mengenai kerjasama dua hala Malaysia dan Pakistan termasuk dalam bidang ekonomi digital serta perkongsian kandungan media.
Saifuddin dan delegasinya berada di Islamabad untuk menghadiri mesyuarat khas itu yang diadakan atas permintaan Arab Saudi selaku Pengerusi Sidang Kemuncak Islam OIC.
Beliau dijadual berlepas ke Turki malam ini untuk meneruskan atur cara lawatannya, sejak kembali memegang portfolio Menteri Luar pada 30 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#Afghanistan
#Pakistan
#Imran Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan