ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.


1. Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan

Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).



2. Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan

Penerbangan komersial mula melencongkan laluan mereka ke barat Iran susulan sebuah agensi berita Iran mendakwa terdapat 'letupan' kedengaran di bandar Isfahan.


3. Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan

Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.


4. Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei

Batik Air mengumumkan penggantungan operasi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SAW) di Istanbul, Turki, berkuat kuasa 1 Mei 2024.


5. AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin

Amerika Syarikat (AS) menghalang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengiktiraf negara Palestin dengan memberikan veto dalam Majlis Keselamatan untuk menafikan keahlian penuh Pihak Berkuasa Palestin dalam badan dunia itu.


6. Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini

Delegasi Malaysia dijadual menghadiri latihan tanpa kekerasan (non violence training) pada Sabtu ini.


7. Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut

Emiriah Arab Bersatu (UAE) masih bergelut dalam proses pemulihan selepas dilanda ribut dan banjir buruk yang menyebabkan sebahagian besar aktiviti negara terhenti.


8. Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam

Ketua Pegawai Operasi (COO) Lapangan Terbang Dubai, Majed Al Joker mengumumkan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) akan kembali beroperasi seperti biasa dalam tempoh 24 jam, menandakan kembalinya kapasiti penuh dan jadual biasa.


9. Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter

Badan geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia memberi amaran potensi ketinggian gelombang tsunami akibat letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi utara boleh mencapai 25 meter.


10. Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas

Ketua angkatan tentera Kenya, Jeneral Francis Omondi Ogolla dilaporkan terbunuh dalam nahas sebuah helikopter tentera terhempas di barat negara itu, pada Khamis.