Pelakon Twilight, Kristen Stewart sekali lagi mendapat kepercayaan dari Karl Lagerfeld untuk menjadi wajah dan muse bagi jenama fesyen terkenal iaitu Chanel. Sebuah filem pendek akan dipentaskan dengan kehadiran Kristen Stewart sebagai watak utama dalam filem Once and Forever. Filem ini mengambarkan sebahagian kehidupan Gabrielle Chanel atau lebih dikenali Coco Chanel. Selain itu, pelakon Twilight ini juga akan digandingan bersama dalam filem ini dengan Geraldine Chaplin.
Kristen Stewart tampil sebagai muse Karl Lagerfeld sejak koleksi Metiers d'Art Paris-Dallas 2013/14, dan kini dia tampil lagi sekali dalam kempen koleksi Métiers d'Art Paris-Roma 2015/16. Filem ini bakal ditayangkan kepada 800 penonton di Chanel’s pre-fall 2016. Malah koleksi ini bakal dikeluarkan pada Mei 2016.