KUALA LUMPUR: Keyakinan masyarakat terhadap keperluan mendapatkan dos penggalak COVID-19, perlu lebih penekanan daripada semua pihak terutamanya kerajaan.
Menurut Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, ia bagi memastikan sistem perlindungan COVID-19 dapat ditingkatkan dan tidak dibebankan dengan persepsi negatif terhadap inisiatif berkenaan.
"Saya berpendapat ada beberapa perkara boleh diberi perhatian oleh kerajaan, pertama kita perkukuhkan keyakinan iaitu kerajaan harus memastikan bahawa segala berita palsu mengenai dos penggalak ini dapat dijawab, dapat diberikan pembetulan supaya golongan sasar itu dapat menerima fakta sebenarnya.
"Saya rasa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) harus memantau lebih teliti segala berita palsu yang datang daripada mereka kemungkinan tidak yakin atau tidak setuju dengan vaksin atau antivaksin.
"Mereka keluarkan berita tidak berdasarkan sains, jadi ini perlu dikenal pasti dan dijawab," jelas ketika dihubungi Astro AWANI.
Perlu khidmat 'influencer'
Meskipun terdapat usaha memerangi penularan berita palsu, namun usaha itu juga jelasnya perlu diperhebatkan dan perlu melibatkan 'influencer' dalam meyakinkan rakyat.
"Kedua, saya rasa pihak kerajaan perlu lebih ramai 'influencer' atau individu yang berpengaruh, sebab ramai golongan muda mereka gunakan media sosial.
"Jadi saya rasa kalau kita boleh dapatkan lebih banyak 'influencer' boleh melalui media sosial, memberikan penerangan apa tujuan dan objektif dos penggalak serta betapa pentingnya untuk mendapatkan dos penggalak ini perkara boleh dilakukan," jelasnya lagi.
Penguatkuasaan lebih ketat
Ujarnya, meskipun hanya 12,769,610 orang dewasa telah mengambil dos penggalak ketika ini, namun jumlah itu masih jauh untuk mencapai kadar yang disasarkan kerajaan.
Justeru jelasnya, sudah tiba masa untuk penguatkuasaan lebih ketat dijalankan, bukan untuk membebankan rakyat, tetapi untuk memastikan rakyat terlindung daripada wabak itu dengan mengambil dos penggalak.
"Saya rasa ini soal berkaitan dengan penguatkuasaan ataupun pengaturan kendiri, iaitu misalnya pengusaha restoran, kedai makan, mereka nak pastikan bahawa pelanggan memasuki tempat perniagaan perlu buktikan mereka telah mendapatkan dos lengkap dan dos penggalak sekiranya perlu.
"Ini adalah sebahagian SOP yang sepatutnya dilaksanakan oleh pihak pengusaha, kerana pada akhirnya kita nak mengelakkan sesuatu keadaan orang tidak vaksinasi mereka gunakan premis tersebut mereka makan dan sebagainya," kata Lam Thye lagi.
Malah aspek displin kendiri juga perlu sentiasa ditekankan oleh setiap lapisan masyarakat.
Jika gagal atau leka, jelasnya, kesan yang akan dihadapi adalah penularan COVID-19 berleluasa dan sekali gus memberi tekanan kepada sistem kesihatan awam negara.
"Kedua penting aspek displin kendiri, saya telah beberapa kali menyentuh dalam soal memastikan kita menangani COVID-19 ini berkesan.
"Kita pastikan kita dapat jaga kita, patuhi SOP kita juga pastikan kita akan mengamalkan displin kerana pada akhirnya kita menang perang COVID-19 bergantung kepada respon yang dapat diberikan masyarakat.
"Saya harap setiap anggota masyarakat dapat memahami kepentingan aspek kesihatan. Mereka jangan leka dalam mengamalkan SOP, kerana akhirnya ini berkaitan kehidupan untuk mereka," ujarnya lagi.
Fareez Azman
Thu Feb 10 2022

Meskipun terdapat usaha memerangi penularan berita palsu, namun usaha itu juga jelasnya perlu diperhebatkan dan perlu melibatkan 'influencer' dalam meyakinkan rakyat. - Gambar fail/BERNAMA

Alam Sekitar | Sisa buangan di laut bernilai buat artis profesional Australia
Menjadi rutin bagi nelayan dekat Geraldton, Australia Barat yang bukan sahaja membawa pulang hasil tangkapan laut, malah sampah sarap yang dijumpai di serata permukaan laut. Menariknya, sampah berkenaan bukan dibuang semula atau dilupuskan di pusat pelupusan, sebaliknya ia diserahkan kepada pengiat seni untuk direka semula menjadi karya seni luar biasa.

Sukan Komanwel | BAM perinci sasaran baharu kem badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kekal meletakkan sasaran pingat buat kem badminton negara pada Sukan Komanwel 2022. Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM akan memperincikan sasaran pingat terbaharu susulan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

COVID-19 | Lebih 15,000 kes baharu dikesan minggu ini
15,564 kes harian baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh seminggu ini (18 Jun hingga 24 Jun 2022), menjadikan jumlah kumulatif Malaysia meningkat kepada 4,552,359 kes. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 18.1 peratus berbanding jumlah kes pada seminggu lepas (11 Jun hingga 17 Jun) sebanyak 13,177 kes.

Warisan sedia jalin kerjasama dengan gabungan politik yang menang PRU15
Ahli Parlimen Semporna itu berkata ini kerana pihak yang menang pada PRU15 merupakan parti pilihan rakyat.

Kastam | Elak ganja masuk dari Thailand, pintu sempadan diperketat
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperketat kawalan di pintu sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan ganja termasuk produk mempunyai bahan terlarang ke Malaysia. Ketua Cawangan Penguatkuasaan JKDM Bukit Kayu Hitam, Suhaila Mohamad Noor berkata pihaknya akan mengetatkan pemeriksaan ke atas kenderaan dan penumpang yang merentas sempadan untuk memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke Malaysia. #

Penuaan Usia | Turut beri kesan pada penyakit obesiti, diabetes - KJ
Kesan daripada peningkatan penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCD) sudah boleh dilihat di negara ini yang mana ia turut ditambah dengan penuaan usia populasi. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin, situasi itu akan menyebabkan sebahagian besar populasi di Malaysia akan terlibat dengan pelbagai faktor risiko dan mobiditi seperti obesiti serta diabetes.

10 Berita Pilihan - (25 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kesejahteraan rakyat lebih utama berbanding isu perkauman sempit - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu kesejahteraan rakyat lebih penting berbanding membawa isu perkauman sempit.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Jun 2022.

Ibu, 2 anak usia 5 dan 7 tahun dikhuatiri lemas kereta terjunam ke sungai
Polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.

Sultan Selangor puji Lee Lam Thye
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberi penghormatan kepada aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.

Harap biografi onak duri perjalanan hidup saya mampu cetus inspirasi - Lee Lam Thye
Sekalipun mengambil keputusan untuk bersara dalam arena politik pada 1990 jelasnya, langkah itu tidak pernah menghentikan semangatnya untuk terus berbakti kepada negara.

Rombak semula tempoh masa kerja doktor - Lam Thye
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mengkaji semula sistem pengurusan sedia ada khususnya membabitkan tempoh masa penugasan doktor-doktor di institusi-institusi perubatan di Malaysia.

DBKL digesa periksa setiap projek pembangunan - Lee Lam Thye
DBKL digesa melakukan pemeriksaan di setiap projek pembangunan bagi memastikan tiada saluran longkang ditutup dengan sisa-sisa binaan.

JKKP perlu semak syarat kelulusan kren gondola - Lee Lam Thye
JKKP digesa untuk menyemak semula syarat kelulusan kren gondola dan peralatan yang digunakan untuk pembinaan bangunan-bangunan tinggi.

Berita palsu, kurang yakin antara kekangan utama rakyat tidak dapatkan dos penggalak
Keyakinan masyarakat terhadap mendapatkan dos penggalak, perlu lebih ditekankan oleh semua pihak terutamanya kerajaan.

Kes buli: Wajar lantik warden asrama dalam kalangan pesara polis, tentera - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye berpandangan, guru mempunyai pelbagai komitmen lain yang perlu diberikan fokus terutama proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Astro rangkul Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan dalam CSR Malaysia 2021
Pengiktirafan itu atas kesungguhan yang diberikan oleh gergasi media negara terhadap sumbangan yang dihulurkan kepada komuniti masyarakat.

PPVN wujud peluang praktikal, pengalaman buat saintis muda dan pelajar - Lee Lam Thye
PPVN berupaya meningkatkan kapasiti penghasilan vaksin sendiri dalam masa terdekat.

Negara menua: Laksana dasar literasi digital warga emas
Usaha pencegahan jenayah siber perlu disertakan dalam dasar digitalisasi warga emas untuk elak golongan itu jadi mangsa penipuan.