Penyebaran maklumat menerusi aplikasi WhatsApp bahawa Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilantik sebagai Pemangku Ketua Menteri Sarawak adalah tidak benar.

Jurucakap Jabatan Ketua Menteri berkata berdasarkan pemeriksaan beliau dengan Astana Negeri, maklumat itu didapati tidak benar.

"Maklumat itu tidak benar. Saya sudah periksa dengan pegawai Astana Negeri," katanya ketika dihubungi Bernama.

Maklumat itu menjadi tular menerusi aplikasi WhatsApp berikutan kematian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, 72, di Pusat Jantung Kota Samarahan, di sini pada 1.20 tengah hari ini akibat komplikasi jantung. -- Bernama