Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Jun 2026.

  1. Pemimpin jangan bertindak impulsif, elak negara tanggung malang - Sultan Nazrin

    Sultan Nazrin  bertitah tindakan pemimpin yang melatah dan terburu-buru tanpa berfikir panjang demi mengutamakan kepentingan jangka pendek, hanya akan membawa kerosakan yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat.

  2. 56 tahun dalam dunia akademik, Osman Bakar dipilih Tokoh Maal Hijrah kebangsaan

    Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merangkap ahli falsafah Muslim terkemuka, Profesor Emeritus Datuk Osman Bakar menzahirkan rasa syukur selepas dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1448 hijrah.

  3. Dua pekerja parah, lif terhempas di hotel Melaka

    Dua pekerja warga India parah dalam insiden lif terhempas dari tingkat tujuh di sebuah hotel di Jalan Syed Abdul Aziz, di sini, pada Rabu.

  4. JKNP siasat dakwaan pengunjung kawasan rekreasi di Bentong alami gastroenteritis akut

    Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menjalankan siasatan susulan dakwaan beberapa pengunjung mengalami gejala cirit-birit, muntah dan demam selepas mandi sungai di kawasan rekreasi dekat Bentong baru-baru ini.

  5. Airbus sahkan pembatalan tempahan 15 pesawat A330-900 untuk AirAsia X

    Airbus telah mengesahkan bahawa pesanan AirAsia X untuk 15 pesawat Airbus A330-900 telah dibatalkan melalui persetujuan bersama antara kedua-dua pihak.

  6. Polis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan kes letupan di Kem Hobart

    Polis telah merakam keterangan tujuh individu setakat ini bagi membantu siasatan berhubung insiden letupan yang menyebabkan dua anggota tentera maut semasa menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun semalam.

  7. Insiden letupan bom: Jenazah Siti Khadijah selamat dikebumikan

    Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang maut akibat terkena letupan bom ketika menjalani latihan membaling grenade di Kem Hobart, Gurun, Kedah semalam, Prebet Siti Khadijah Sungip, 24, selamat dikebumikan pada 1.15 tengah hari tadi.

  8. Kes rasuah kartel: SPRM tahan 13 individu termasuk pengarah agensi kerajaan

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 13 individu termasuk seorang pengarah dan bekas pengarah sebuah agensi kerajaan di utara tanah air, kerana disyaki meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM2.5 juta.

  9. Kenaikan kos bahan binaan masih terkawal - Alexander

    Peningkatan kos bahan binaan susulan krisis tenaga global dan gangguan rantaian bekalan dunia masih berada pada tahap terkawal.

10. Dakwaan 60,000 pelajar masuk universiti awam ikut pintu belakang tuduhan berat - Zambry

      Dakwaan 30,000 hingga 60,000 pelajar memasuki universiti awam (UA) melalui pintu belakang                 adalah tuduhan berat yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap integriti sistem pendidikan         tinggi negara, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Must Watch Video

Advertisement