ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Ogos 2026.
Ahli Dewan Undangan Negeri Nilai yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan J. Arul Kumar dilantik sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa Isnin.
2. PRN Melaka: BN sedia berunding, tapi bukan jaminan bentuk 'ikatan' - Ab Rauf
Sebarang rundingan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang tidak semestinya dimuktamadkan sehingga membentuk sebuah ikatan kerjasama politik, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
3. Guru tampar pelajar diarah bayar ganti rugi lebih RM80,000
Seorang pesara guru subjek Sejarah di sebuah sekolah menengah di Kelantan diarahkan membayar ganti rugi keseluruhan RM88,069 kepada pelajarnya yang ditampar sebanyak empat kali ketika sesi pembelajaran dalam kelas, tujuh tahun lalu.
4. PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut atau para-umbilical hernia, pada Isnin.
5. Azmin gelar ADUN PH sebagai ‘adinda, sahabat dan teman’
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencuri perhatian apabila menggelarkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) sebagai “sahabat” dan “teman”.
6. Jalur Gemilang tanpa bulan bintang di Batu Buruk akibat kesilapan teknikal - Ahmad Samsuri
Pemasangan Jalur Gemilang tanpa lambang bulan dan bintang di Dataran Batu Buruk bukan dilakukan secara sengaja, sebaliknya berpunca daripada kesilapan teknikal, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
7. Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Rakyat berkuat kuasa pada jam 5 petang, Isnin.
8. Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung kenyataan berbaur fitnah dalam ceramah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kenyataan yang dibuat semasa satu ceramah politik di Pahang, Jun lepas.
Seorang pakar pemulihan aset luar pesisir memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pasti sama ada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, adalah individu “nombor satu” dalam dakwaan konspirasi membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
10. Zulkifli bentang penerangan RCI Tabung Haji di Dewan Rakyat esok
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan akan membentangkan penerangan menteri dalam mesyuarat khas Dewan Rakyat esok, berkenaan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).