ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Ogos 2026.
Gempa bumi 6.1 magnitud gegar Semenanjung Minahassa, dirasai di Sabah
MetMalaysia mengesahkan kejadian itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
DAP kekal dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan
Majoriti perwakilan DAP memilih untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga akhir penggal.
UIAM batal syarahan Razak Baginda susulan kritikan
UIAM memaklumkan, program syarahan berkenaan dibatalkan dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.
Akui kelemahan di Negeri Sembilan, Aminuddin serah parti tentukan kedudukan
Aminuddin secara terbuka menerima tuntutan enam Ketua Cabang di negeri itu yang mendesak beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap prestasi dan kekalahan parti dalam pilihan raya lalu.
Izzah undur sementara, Saifuddin jadi Timbalan Presiden PKR- Anwar
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dinamakan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu bagi mengisi kekosongan jawatan nombor dua parti susulan pengunduran Nurul Izzah Anwar.
‘Hubungan saya dengan Zahid masih terlalu baik’ - Anwar pilih pertahan kestabilan politik
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen beliau untuk terus mempertahankan kestabilan politik negara dengan mengekalkan kerjasama kukuh bersama Barisan Nasional (BN) dan UMNO di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Penambahbaikan subsidi diesel bersasar diumum dalam dua bulan - Amir Hamzah
Beberapa penambahbaikan pelaksanaan sistem subsidi diesel bersasar sedang diteliti dan bakal diumumkan kerajaan dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Abdul Azeez tidak ditahan SPRM - Anak
Anak kepada bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menepis dakwaan tular di media sosial kononnya bapa beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
- RCI TH: Wang hibah diterima pendeposit sah, berasaskan akad sempurna - Jabatan Mufti WP
Wang hibah diagihkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada tahun defisit terutamanya dalam tempoh 2014 hingga 2020 adalah sah milik pendeposit, menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP).
- Akta TH akan dipinda, pelihara amanah umat Islam - PM Anwar
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pindaan itu merupakan antara langkah Kerajaan MADANI dalam memperkukuh tatakelola dan memastikan setiap kelemahan institusi diperbetulkan dengan tegas.