ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 18 Jun 2020.

1) COVID-19: Kes baharu kekal dua digit, 127 sembuh dan tiada kematian

Kes baharu jangkitan COVID-19 di negara ini kekal dua digit selepas merekodkan sebanyak 14 kes setakat jam 12 tengah, hari ini.

2) Keputusan calon PM dimuktamad esok oleh PKR

Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan mesyuarat esok (Jumaat) bagi memuktamadkan keputusan parti itu tentang kemelut memiih calon perdana menteri Pakatan Harapan.

3) Lanjutkan moratorium hingga Disember 2020

Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan Malaysia telah mengubah kehidupan serta menjejaskan pendapatan majoriti masyarakat negara ini.

4) Syed Saddiq dipanggil rekod keterangan di Bukit Aman

Polis memanggil bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk direkodkan keterangan berhubung temu bual beliau dalam saluran berita antarabangsa, Al Jazeera pada 6 Mac lalu yang didakwa berunsur hasutan.

5) "PKR tidak percaya kepada Mahathir" - AMK tidak setuju Tun M dilantik PM sekali lagi

Angkatan Muda Keadilan (AMK) tetap menganggap Tun Dr Mahathir sebagai penyebab runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila meletak jawatan tanpa merujuk kepada Majlis Presiden PH.

6) Dua beranak sesat dalam hutan ketika cari durian

Selepas tiga jam sesat dalam hutan di Bukit Tangga, dekat sini, seorang ibu dan anak perempuannya yang berusia lapan tahun ditemukan selamat.

7) Kelantan benar solat jemaah, aktiviti agama di masjid mulai esok

Umat Islam di Kelantan dibenar mengadakan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah serta aktiviti di masjid, surau dan musalla mulai esok.

8) Perompak maut ditembak pengawal keselamatan

Seorang perompak maut akibat ditembak pengawal keselamatan sebuah bank dalam satu insiden rompakan dengan mangsa tebusan di Air Tawar 5, Kota Tinggi pada Khamis.

9) Anak kelahiran Felda calon BN di PRK Chini

Hanya berbaki 48 jam sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 20 Jun ini, Barisan Nasional (BN) menamakan Pengerusi Majlis Belia FELDA Wilayah Kuantan, Mohd Sharim Md Zain, 41, sebagai calon parti itu.

10) Eratkan hubungan dua hala, bawa pulang rakyat Malaysia antara pencapaian Wisma Putra

Mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia dengan beberapa negara, serta memudahcara urusan pulang 20,000 rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara akibat COVID-19, merupakan antara pencapaian penting Wisma Putra dalam tempoh 100 hari.