ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 2 Julai 2020.

1) COVID-19: Kekal satu digit, hanya tiga kes baharu hari ini

Sejumlah tiga kes baharu COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 8,643 kes.

2) COVID-19: Satu kes baharu Kluster Bukit Bintang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat pertambahan satu kes bagi 'Kluster Bukit Bintang' di Kuala Lumpur.

3) 71 individu ditahan ingkar arahan PKPP - Ismail Sabri

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 71 individu pada Rabu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

4) COVID-19: Kini 11 kes Kluster Bukit Bintang, ini fakta yang anda perlu tahu

Selepas merekodkan kes baharu terendah semalam, iaitu hanya satu kes, namun terdapat peningkatan kepada tiga kes hari ini.

Dalam satu kenyataan media, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata satu kes baharu menyumbang kepada peningkatan kes bagi Kluster Bukit Bintang.

5) Tumbuk, bawa lari kereta polis, cubaan melanggar: Lelaki mengaku tidak bersalah lima pertuduhan

Padah menumbuk, membawa lari kereta peronda polis dan cuba melanggar anggota bertugas bagi melarikan diri daripada tahanan reman, seorang jurujual kereta dihadapkan ke Mahkamah Ayer Keroh hari ini.

6) Lim Kit Siang dirawat di hospital akibat demam viral, bukan kerana COVID-19

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memaklumkan, bapanya Lim Kit Siang dimasukkan ke hospital akibat demam viral.

7) Malaysia jadi bahan ketawa dunia kerana budaya lompat parti

Satu akta yang mampu menyekat masalah lompat parti dalam kalangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu digubal di negara ini.

8) Pas sokong Muhyiddin sebagai calon PM untuk PRU15

Pas menyatakan sokongan penuh kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

9) COVID-19: PDRM gesa 620 individu belum jalani ujian saringan kedua untuk segera tampil

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa mereka yang pulang dari luar negara dan masih gagal menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua, agar segera tampil memberi kerjasama.

10) Malaysia akan terus beri sokongan padu perjuangan rakyat Palestin - PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kujungan hormat delegasi Yayasan MyAQSA di pejabatnya di Putrajaya.

Muhyiddin dalam catatannya di Facebook turut menegaskan, Malaysia akan terus memberi sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin.