MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 7 September 2020.
Sebuah klinik di Air Itam di sini, diarah tutup sementara bermula semalam bagi proses disinfeksi oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang selepas seorang daripada pesakitnya disahkan positif COVID-19.
Kes baharu positif COVID-19 di negara ini melonjak kepada 62 kes melibatkan 56 kes tempatan dan enam kes import.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat satu kluster baharu di sebuah pusat perubatan di Kedah yang dikenal pasti sebagai Kluster Sungai.
Rakyat Sabah tetap dibenarkan masuk ke negeri Sarawak ketika ini meskipun berlaku pertambahan kes positif COVID-19 secara mendadak di negeri itu.
Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 50 kes baharu positif COVID-19 yang dikesan dalam Kluster Benteng Lahad Datu, Sabah pada Isnin sekali gus menjadikan jumlah kes dalam kluster ini adalah 66 kes.
Kes baharu positif COVID-19 di negara ini melonjak kepada 62 kes melibatkan 56 kes tempatan dan enam kes import.
Seramai 873 individu lagi ditahan atas pelbagai kesalahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ahad.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 873 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Indonesia, India, United Kingdom dan Amerika Syarikat merupakan sebahagian daripada 23 negara yang diletakkan dalam senarai Sekatan Kemasukan Ke Malaysia kepada Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang, yang berkuat kuasa hari ini.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan pencemaran Sungai Gong hingga menyebabkan kira-kira lima juta orang mengalami gangguan bekalan air di Lembah Klang sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab yang mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami