Kes baharu positif COVID-19 di negara ini melonjak kepada 62 kes melibatkan 56 kes tempatan dan enam kes import.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini, kebanyakan kes yang direkodkan melibatkan Kluster Benteng di Sabah dengan 50 kes.

Berikut merupakan tumpuan kenyataan media oleh Dr Noor Hisham hari ini;

1) 62 kes baharu direkodkan pada Isnin menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di negara ini adalah 9,459 kes

2) Kluster Benteng: 50 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah dalam kluster ini adalah 66 kes

3) Kluster Benteng: Daripada 66 kes positif COVID-19 dalam kluster ini, sebanyak 64 kes
melibatkan banduan manakala dua lagi kes merupakan seorang pegawai penjara dan anak saudaranya

4) Satu lagi kluster baharu di Kedah, dikenal pasti sebagai Kluster Sungai

5) Sembilan kes pulih direkodkan hari ini dengan tiada kematian baharu