awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi sistem penjagaan warga emas perlu dipercepat - Nancy
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Satu lagi kluster baharu di Kedah, dikenal pasti sebagai Kluster Sungai

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
07/09/2020
10:29 MYT
COVID-19: Satu lagi kluster baharu di Kedah, dikenal pasti sebagai Kluster Sungai
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes indeks iaitu kes ke-9,455 merupakan seorang anggota kesihatan di pusat perubatan tersebut.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat satu kluster baharu di sebuah pusat perubatan di Kedah yang dikenal pasti sebagai Kluster Sungai.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes indeks iaitu kes ke-9,455 itu merupakan seorang anggota kesihatan di pusat perubatan tersebut.
“Kes indeks itu bergejala sejak 30 Ogos 2020 tetapi tidak mendapatkan rawatan dan ujian saringan COVID-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif.
“Kes kedua kluster ini iaitu kes ke-9,456 merupakan anggota kesihatan di pusat perubatan di Kedah. Beliau juga merupakan kontak rapat kepada kes indeks.
“Beliau bergejala sejak 5 September 2020 dan mendapatkan rawatan di pusat perubatan yang sama. Ujian saringan COVID-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif,” jelasnya.
Kedua-dua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan diberi rawatan.
Susulan itu, itu, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan.
Sehingga 7 september 2020, seramai 57 orang telah disaring.
Berikut adalah perincian saringan yang dijalankan: • Dua kes dikesan positif COVID-19 • 55 individu masih menunggu keputusan.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#Kedah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Kluster Sungai
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan