ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 16 September 2020.
1) Polis kejar suspek, macam dalam filem pula!
Tindakan seorang wanita dan lelaki memecut kereta yang dinaiki ketika mengelak ditahan pihak polis membongkar penemuan kira-kira 1,000 pil kuda yang dianggarkan bernilai RM20,000.
Sebelum diberkas, dalam kejadian kira-kira jam 4.25 petang Selasa itu, pihak polis terpaksa mengejar mereka sejauh lapan kilometer di Bandar Baru Kerteh, di sini.
2) Bawalah ke mahkamah, kita ada bukti, kata Shafie
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berikrar untuk mendedahkan bukti-bukti penyelewengan yang melibatkan keluarga Datuk Seri Anifah Aman.
Menurut Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu, beliau bersedia jika perkara itu dibawa ke mahkamah oleh Anifah.
3) Kerajaan komited pastikan hak Sabah, Sarawak dipelihara, tubuh Majlis Khas - Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk terus komited memastikan hak-hak bagi Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan terpelihara.
Perdana Menteri berkata, di peringkat awal pembentukan Kabinet PN, beliau mewujudkan satu portfolio khusus mengenai Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di Jabatan Perdana Menteri.
4) Lima perkara penting yang dinyatakan Ismail Sabri hari ini
Seramai 18 individu yang degil untuk memakai pelitup muka di kawasan awam adalah antara 68 individu yang ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Berikut merupakan lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan akhbar, hari ini (Rabu, 16 September 2020):
5) Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis
Empat individu termasuk seorang yang mendakwa dirinya bergelar 'Datuk Seri' ditahan selepas bergelut dengan anggota polis ketika operasi pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah premis hiburan di Bandar Hilir, di sini awal pagi Rabu.
Dalam kejadian sekitar 2.50 pagi itu, kesemua mereka yang berusia 27 hingga 41 tahun didakwa tidak berpuas hati selepas pihak polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap mereka, mengakibatkan salah seorang anggota bertugas mengalami kecederaan.
6) Langkawi zon hijau, tak perlu risau datang bercuti - LADA
Langkawi kekal sebagai zon hijau COVID-19, justeru pelancong tidak perlu risau untuk ke pulau peranginan ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Dr Hezri Adnan.
Katanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di 28 mukim di Kota Setar bermula 11 Sept lepas tiada kaitan dengan Langkawi yang turut mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi.
7) Pesara guru hilang wang hampir setengah juta ringgit diperdaya Macau Scam
Seorang pesara guru kerugian hampir setengah juta ringgit termasuk wang persaraan dan hasil jualan barang kemas isteri selepas diperdaya sindiket Macau Scam bulan lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jenayah Korporat dan Kewangan Johor Supt Amran Md Jusin berkata lelaki berusia 64 tahun terbabit mendakwa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pihak Pos Laju pada 1 Ogos.
8) Jangan bersedih, 'Mowgli' ... kerajaan tidak pinggirkan keluargamu
Kerajaan akan membantu keluarga Muhammad Syukur Khamis yang kematian 50 ekor kerbau peliharaan mereka mengikut kesesuaian dan keperluan semasa, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim.
Katanya kematian haiwan itu yang dipercayai akibat penyakit hawar berdarah atau Heamoragic Septicaemia adalah satu perkara yang sangat serius dan perlu diberi perhatian segera bagi mengelakkan jangkitan ke kawasan ternakan yang lain.
9) COVID-19: 62 lagi kes baharu dicatatkan - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 62 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan sehingga Rabu (16 September 2020).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarahnya, Tan Sri Doktor Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes jangkitan pandemik COVID-19 di negara ini ketika ini ialah 10,031 kes.
10) Restoran hidang sajian biawak, babi hutan diserbu
Daging biawak air dan babi hutan adalah antara yang menu yang disajikan kepada pelanggan oleh sebuah restoran makanan eksotik tanpa permit yang beroperasi di Jalan Tanjung Masai di sini.
Daging kedua-dua haiwan itu dirampas oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan polis dalam serbuan di restoran berkenaan pada Selasa.
Khairunnisa Kasnoon
Wed Sep 16 2020
Berita dalam negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.