awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
16/09/2020
07:53 MYT
Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis
Kesemua mereka kemudian direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah. - PDRM
Empat individu termasuk seorang yang mendakwa dirinya bergelar 'Datuk Seri' ditahan selepas bergelut dengan anggota polis ketika operasi pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah premis hiburan di Bandar Hilir, di sini awal pagi Rabu.
Dalam kejadian sekitar 2.50 pagi itu, kesemua mereka yang berusia 27 hingga 41 tahun didakwa tidak berpuas hati selepas pihak polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap mereka, mengakibatkan salah seorang anggota bertugas mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata dalam tempoh PKPP, premis berkenaan hanya menjalankan aktiviti perniagaan kafe dan tiada aktiviti hiburan, selain turut memiliki lesen perniagaan yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati perniagaan itu dijalankan lebih masa yang mana masih terdapat beberapa pelanggan dan kesemua mereka dikompaun di bawah Peraturan 3 Peraturan- Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (No 8) 2020.
Katanya, ketika ditahan dua daripada empat suspek berkenaan mengaku berstatus 'Datuk Seri' dan 'Datuk', selain salah seorang daripada mereka merupakan rakan kongsi pemilik premis tersebut.
Kesemua mereka kemudian direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.
Topic Berkaitan
#ayer keroh
#COVID-19
#Datuk seri ditahan
#lesen perniagaan
#pbt
#PDRM
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#pihak berkuasa tempatan
#PKPP
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan