Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 10, 2020 15:41 MYT
Berikut adalah berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, 10 Oktober 2020.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 10 Oktober 2020.
1) COVID-19: 374 kes baharu, tiga korban dilaporkan hari ini
Malaysia merekodkan sejumlah 374 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu sekali gus menjadikan kes kumulatif ketika ini adalah 15,096 kes.
2) COVID-19: Ini perincian 6 kluster baharu dicatatkan hari ini
Sejumlah enam kluster baharu dilaporkan hari ini dengan Selangor merekodkan jumlah kluster tertinggi iaitu empat kluster.
3) Operasi ICU Hospital Queen Elizabeth II seperti biasa, dua petugas positif
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku jangkitan COVID-19 melibatkan petugas kesihatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Queen Elizabeth II (HQE II), Kota Kinabalu.
4) COVID-19: Asrama pekerja Tropicana Corporation Berhad lokasi terbaharu dikenakan PKPD
Asrama pekerja Tropicana Corporation Berhad di Petaling Jaya akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), bermula 12 Oktober sehingga 25 Oktober.
5) COVID-19: One Utama, kelab golf Tropicana ditutup
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling memaklumkan pusat membeli belah One Utama, Bandar Utama dan kelab golf, Tropicana Golf Club & Country Resort di sini ditutup kerana penularan kes COVID-19 di kedua-dua kawasan itu.
6) Jaga kesihatan mental, elak stigma, pesan KP Kesihatan
Semua rakyat Malaysia perlu bersama-sama memperkasakan diri dengan penjagaan kesihatan mental dan menangani stigma terhadap penyakit mental, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
7) Hampir setengah juta rakyat Malaysia alami simptom depresi - Kajian
Hampir setengah juta rakyat di negara didapati mengalami simptom tekanan atau depresi, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.
8) Pemantauan semasa tempoh PKPP diperketat - Polis Sarawak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperhebatkan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Sarawak.
9) Stesen televisyen pertama Sarawak, TVS jadi realiti
Stesen televisyen pertama milik Sarawak, TVS mula bersiaran di saluran 122 Astro hari ini.
Stesen penyiaran itu adalah merupakan cetusan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud dan disokong oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
10) Kanak-kanak maut dilanggar lori selepas dipercayai jatuh basikal
Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun maut dilanggar sebuah lori selepas dipercayai terjatuh ketika sedang berbasikal di kawasan perumahan Taman Rekamas 2, Simpang Renggam dekat sini, semalam.
#berita pilihan #berita tempatan #COVID-19 #Sabah #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #PKPB #Astro Awani #Sarawak #Hospital Queen Elizabeth #PKPD #One Utama #tropicana