KUALA LUMPUR:Hampir setengah juta rakyat di negara didapati mengalami simptom tekanan atau depresi, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.
Penaung Befrienders Kuala Lumpur, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kajian NHSM 2019 itu juga mendapati 424,000 kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental.
"Separuh daripada masalah gangguan mental mula dikesan pada usia 14 tahun dan tiga per empat daripadanya pada pertengahan usia 20-an. Oleh itu, perkara ini perlu ditangani segera," katanya dalam satu kenyataan sempena Hari Kesihatan Sedunia 2020, hari ini.
Beliau berkata, pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menyebabkan tekanan emosi susulan perubahan persekitaran kerja seperti perlu bekerja dari rumah, hilang punca pendapatan dan pekerjaan serta bimbang terhadap keselamatan.
"Ada juga yang rasa ingin bunuh diri. Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 465 kes cubaan bunuh diri antara Januari dan Jun tahun ini," katanya.
Lee berkata, walaupun keadaan bertambah baik dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), statistik Befrienders Kuala Lumpur pula menunjukkan sebaliknya apabila terdapat peningkatan panggilan diterima daripada mereka yang mengalami kesusahan dan ingin bunuh diri pada bulan Julai, Ogos dan September berbanding April, Mei dan Jun.
Justeru, beliau berkata, kerajaan dan KKM perlu menyediakan peruntukan untuk kesihatan mental, yang mana dalam Bajet 2020, hanya RM344.82 juta diperuntukan untuk kesihatan mental iaitu lebih dari satu peratus daripada keseluruhan peruntukan kesihatan, lebih rendah berbanding purata 2.8 peratus di peringkat antarabangsa.
"Data dari tahun 2018 menunjukkan terdapat 410 psikiatri di negara ini dengan nisbah psikiatri kepada penduduk 1.27 per 100,000. Ini jauh lebih rendah daripada nisbah disyorkan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) antara satu hingga 10,000," katanya.
Sementara itu, Lee juga menggalakkan Kementerian Pendidikan untuk menambah aspek kesihatan mental dalam silibus pendidikan termasuk membina daya tahan, belajar pengurusan tekanan dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Pada masa sama, beliau berkata, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk menyediakan persekitaran yang penuh kasih sayang dan memberi semangat kepada anak-anak untuk membesar dengan selamat, sedia meluahkan perasaan dan bercakap secara terbuka mengenai kesihatan mental mereka.
"Semua boleh menyumbang kepada peningkatan kesihatan mental. Mulakan dengan amalan penjagaan diri seperti pemakanan sihat, bersenam setiap hari dan tidur yang mencukupi setiap malam," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 10 2020

Separuh daripada masalah gangguan mental mula dikesan pada usia 14 tahun dan tiga per empat daripadanya pada pertengahan usia 20-an. - Gambar hiasan

10 Berita Pilihan - (17 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penafian berita palsu tular 17 Jan - KKMM
Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.

Kebakaran | Bangunan Hospital Tanah Merah dalam pembinaan terbakar
Sebahagian bangunan Hospital Tanah Merah yang masih dalam pembinaan terbakar malam ini.

Kerajaan setuju bentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19 - PM
Sehubungan itu, beliau amat mengalukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat ini.

Banjir Sarawak | Barangan keperluan asas telah dihantar ke pedalaman
Keadaan cuaca yang tidak menentu dan taburan hujan hingga Ahad memaksa Angkatan Pertahanan Awam bertindak pantas. Justeru, bantuan bekalan makanan asas dihantar ke pusat penyimpanan di pedalaman Sarawak. Kesiapsiagaan itu diambil sekiranya banjir melanda kawasan pedalaman yang memerlukan perjalanan lama.

Banjir Sarawak | Kerjasama ketua kaum dipuji
Selain itu, Mohtar turut memuji peranan ketua kampung, ketua masyarakat dan penghulu di sesuatu kawasan yang terjejas akibat banjir. Katanya, kerjasama yang diberikan memudahkan urusan pemindahan dan menyelamat. Ia sesuatu yang wajar dipuji.

Op Benteng | 17 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng
17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut dirampas sebanyak tujuh buah kenderaan darat yang dipercayai digunakan untuk menyeludup masuk PATI.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Joe Biden dijangka melaksanakan beberapa perintah eksekutif termasuk menarik balik larangan kontroversi terhadap beberapa negara Islam.

PKP 2.0 | 66 individu dikompaun cuba rentas negeri / daerah
66 individu cuba merentas negeri dan daerah antara yang dikenakan kompaun oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, secara keseluruhan pula seramai 580 daripada 608 individu yang ditahan dikenakan kompaun atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

AWANI Ringkas: PM setuju tubuh kumpulan penasihat COVID-19 | Kerajaan yakin WTO akan berlaku adil

Hampir setengah juta rakyat Malaysia alami simptom depresi - Kajian
Hampir setengah juta rakyat di negara didapati mengalami simptom tekanan atau depresi, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.