awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2020
15:47 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 10 November 2020.
1) Lembah Klang alami gangguan bekalan air lagi
Lapan kawasan di Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air bermula 6 petang Selasa berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.
Gangguan bekalan air tidak berjadual itu melibatkan lebih 1.14 juta akaun merangkumi 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
2) COVID-19: 869 kes baharu dicatat, 6 lagi kematian
Malaysia mencatatkan sebanyak 869 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 kini sebanyak 42,050 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak enam lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 300 kes.
3) Warga KL bebas berniada mulai 15 Nov
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya, mulai Ahad ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, bagaimanapun peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL yang ditawarkan secara percuma.
4) Prihatin kepada yang hilang pendapatan, Tun M sedia potong 10 peratus pencen
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memotong 10 peratus dari pencennya dengan syarat ia digunakan untuk mengurangkan beban mereka yang hilang punca pendapatan.
Dr Mahathir mengakui kehidupan beliau tidak terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang terpaksa diamalkan.
5) Polis terima dua laporan dakwaan pelanggaran SOP oleh ADUN Ketari
Polis menerima dua laporan berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari Young Syefura Othman dilaporkan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, sehubungan itu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
6) Kerajaan negeri tidak tolak pencemaran bau Sungai Selangor akibat sabotaj
Kerajaan negeri Selangor tidak menolak insiden kes terbaharu pencemaran bau di Loji Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di sjni sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1,2 dan 3 dihentikan tugas akibat perbuatan sabotaj.
Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli dan Hal Ehwal Selain Islam (HESI), Hee Loy Sian, kemungkinan itu merupakan dapatan yang diperoleh hasil daripada siasatan awal yang dilakukan di lokasi pencemaran.
7) PKPD Taman Mawar ditamatkan, PKPD Taman Mesra dilanjut
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan kawasan di Taman Mawar, Sandakan Sabah bermula 28 Oktober lalu ditamatkan hari ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM telah melaksanakan sebanyak 731 saringan dan 87 kes kumulatif positif COVID-19 telah direkodkan di kawasan itu.
8) Belanjawan 2021: RM85.5 juta untuk JASA baik beli pelitup muka untuk rakyat - Najib
Peruntukan RM85.5 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) ketika negara dan rakyat dihimpit oleh krisis kesihatan hanya akan mengundang kemarahan ramai, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, keutamaan yang harus diberikan oleh kerajaan pada saat-saat sukar ini ialah usaha menangani pandemik COVID-19, bukannya mewujudkan unit atau agensi tertentu yang bermatlamat menerangkan dasar-dasar pentadbiran sedia ada kepada rakyat.
9) Sarawak Memilih: PSB dan DAP beri bayangan bakal bekerjasama
Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) mungkin akan bekerjasama untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak yang akan datang.
Perkara itu dinyatakan Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh dalam satu sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.
10) Belanjawan 2021: Luluskan RM10,000 KWSP, luaskan moratorium untuk dapat sokongan BN - Najib
Pengerusi Kelab Ahli Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu, sokongan beliau dan rakan-rakan terhadap Belanjawan 2021 adalah bersyarat.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau mahu rakyat dibenarkan membuat pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one-off.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2021
#Najib Razak
#Mahathir Mohamad
#berita pilihan
#berita tempatan
#Astro Awani
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan