ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 14 November 2020.
1) Sepasang kekasih ditahan kerana curi, jual kambing
Tindakan sepasang kekasih mencuri dan menjual kambing untuk mencari wang untuk menyambut Deepavali membawa padah apabila mereka ditahan polis.
Pasangan berusia 24 dan 25 tahun itu ditahan di Mak Mandin, di sini sekitar pukul 9.30 malam selepas didapati mencuri enam ekor kambing milik seorang lelaki di bandaraya ini.
2) "Jadikan KL seperti Ketereh? Itu Teresa Kok yang cakap" - Annuar Musa
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menegur tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan tindakan beliau memberikan kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai secara bebas, mulai 15 November (esok).
Menurut Ahli Parlimen Keterah itu, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kononnya mahu menjadikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seolah-olah seperti Ketereh, Kelantan susulan membenarkan peniaga bebas berniaga di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya itu.
3) Kerajaan sedia perluas kelayakan pengeluaran Akaun 1 KWSP - Menteri Kewangan
Kerajaan bersedia untuk memperluaskan kelayakan pencarum bagi pengeluaran wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkara itu bagaimanapun masih dalam peringkat perbincangan dengan semua pihak terlibat.
4) KWSP umum perincian i-Sinar 18 Nov ini
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar, pada 18 November ini.
KWSP dalam kenyataan hari ini berkata i-Sinar, yang kini sedang dimuktamadkan perinciannya, diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak berkepentingan agar ahli yang terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka
5) Pencemaran Sungai Muda: Penyelia, kontraktor projek, 4 buruh direman
Tujuh lelaki termasuk penyelia tapak projek dan kontraktor direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian tumpahan diesel yang mengakibatkan pencemaran Sungai Muda, Sik pada Khamis.
Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Sungai Petani, Muhammad Alif Abd Aziz terhadap semua mereka bermula hari ini sehingga 19 November.
6) Tumpuan utama sidang media Menteri Kanan Pertahanan hari ini
Polis menahan 502 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan daripada jumlah itu seramai 470 individu dikompaun manakala 32 lagi direman.
Berikut merupakan tumpuan utama kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 14 November.
7) Didakwa 'takut mati', Dr Noor Hisham perincikan lawatan ke Sabah
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkongsi semula muat naik lawatan beliau serta timbalannya, Datuk Dr Chong Chee Keong ke negeri Sabah.
Menerusi muat naik status di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata, beliau sendiri turun ke padang untuk melihat kesiapsiagaan pasukannya di lapangan pada Ogos lalu.
8) COVID-19: 1,114 kes baharu, dua lagi kematian direkodkan
Malaysia mencatatkan sebanyak 1,114 kes baru pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 ada;ah sebanyak 46,209 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor HIsham Abdullah, peningkatan kes baharu ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,131 kes.
9) COVID-19: Lima tumpuan utama kenyataan media KKM
EMPAT kluster baharu COVID-19 dikesan pada Sabtu manakala dua lagi kluster diisytiharkan tamat.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia.
10) Khayal akibat dadah, kemaluan penganggur dicederakan rakan wanita
Seorang lelaki mengalami kecederaan pada kemaluan dipercayai dihiris dengan objek tajam oleh rakan wanitanya ketika kedua-dua mereka berada dalam keadaan khayal di bawah pengaruh dadah.
Dalam kejadian di sebuah pejabat di Bandar Baru Farlim, di sini, lelaki berusia 47 tahun berkenaan dikatakan hanya menyedari kecederaan itu selepas tersedar jam 7.55 pagi Jumaat.
Khairunnisa Kasnoon
Sat Nov 14 2020
Berikut adalah antara berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 13 November 2020
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.