awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
18/11/2020
15:00 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 18 November 2020.
DARURAT BATU SAPI
1) Agong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah - Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah.
2) Darurat yang diisytiharkan tidak jejaskan kehidupan rakyat - PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa darurat yang diisytiharkan di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat di Batu Sapi.
3) Ini lima sebab PRK Batu Sapi perlu dielakkan
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengambil iktibar penularan COVID-19 susulan Pilihan Raya Umum Negeri Sabah, Jemaah Menteri berpandangan lebih elok sekiranya PRK Batu Sapi dielakkan.
4) Sabah sokong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi - Hajiji
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ia merupakan keputusan yang bijak memandangkan pandemik COVID-19 terus mengancam kesihatan dan kesejahteraan rakyat di Sabah.
5) KKM sambut baik pengisytiharan darurat di Parlimen Batu Sapi
Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik keputusan pengisytiharaan darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah, yang menyebabkan pilihan raya kecil di kawasan itu ditangguhkan.
COVID-19
6) COVID-19: 660 kes baharu, 4 kematian dan 8 kluster baharu
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes baharu ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,814 kes.
7) Lanjutan PKPD di beberapa kawasan Sabah dan Pulau Pinang
Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan beberapa kawasan yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi negeri Sabah dan Pulau Pinang setelah mendengar saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
8) Malaysia-China meterai perjanjian pembangunan vaksin selamat, berkesan
Malaysia dan China memeterai perjanjian bagi memperkukuhkan kerjasama pembangunan vaksin selain berkongsi kepakaran dan teknologi dalam pembangunan vaksin COVID-19.
LAIN-LAIN
9) 4 nelayan dikhuatiri lemas selepas bot karam
Empat nelayan asing dikhuatiri lemas manakala seorang selamat selepas bot yang dinaiki mereka karam akibat dibadai ombak besar ketika ribut, awal pagi tadi.
10) Veteran politik Kedah, Khalid Abdullah meninggal dunia
Tokoh politik Kedah yang juga veteran UMNO, Tan Sri Khalid Abdullah meninggal dunia akibat sakit tua di Kedah Medical Centre (KMC) di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Yang di-Pertuan Agong
#Muhyiddin Yassin
#UMNO
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#Perdana Menteri
#perintah darurat
#PKPD
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan