1) Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar di Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 pada peringkat dasar selepas mendapat sokongan daripada ahli Parlimen.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan keputusan itu pada jam 3.28 petanng tadi.
2) Cubaan undi belah bahagi ditewaskan pembangkang sendiri - Annuar Musa
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan usaha ahli Parlimen pembangkang untuk meminta undi belah bahagi Belanjawan 2021 akhirnya ditewaskan oleh blok itu sendiri.
Ia berikutan katanya, mereka yang berdiri bagi memohon undi berkenaan tidak cukup 15 orang seperti yang ditetapkan.
3) Belanjawan 2021: Ahli Parlimen pembangkang tak rasa bersalah mungkir janji - Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik tindakan ahli Parlimen pembangkang yang tidak bangun menyatakan sokongan terhadap usul belah bahagi RUU Perbekalan 2021di Dewan Rakyat hari ini.
Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, ahli Parlimen berkenaan tanpa rasa bersalah 'memberikan sokongan' kepada kerajaan yang disifatkan oleh beliau sebagai korup.
4) Belanjawan 2021 lulus bukti sokongan UMNO, BN - Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan sokongan parti itu terhadap Belanjawan 2021 terserlah apabila ia diluluskan pada peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata keputusan parti itu melalui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk menyokong Belanjawan 2021 dengan dua syarat sebelum ini telah dipersetujui kerajaan.
5) Belanjawan 2021: Skim i-Sinar diperluaskan kepada semua ahli KWSP - Tengku Zafrul
Kerajaan hari ini bersetuju untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengeluaran tersebut akan memanfaat lebih lapan juta pencarum berbanding dua juta sebelum ini.
6) Semua petugas barisan hadapan terima 'one-off' RM300, termasuk anggota polis dan tentera
Kerajaan bersetuju memperluaskan pemberian bantuan secara sekali bayaran atau 'óne-off' berjumlah RM300 kepada semua petugas barisan hadapan termasuk anggota polis dan tentera.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pemberian adalah selepas mengambil kira pandangan semua pihak dan mendengar cadangan ramai ahli Parlimen yang berbahas.
7) Kes tembakan PGA: Baharuddin, Norihan dianugerah Pingat Panglima Gagah Berani
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menganugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Norihan Tari.
Ia sebagai mengenang jasa dan pengorbanan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu yang terlibat dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand pada Selasa.
8) Honda Malaysia panggil balik 2,784 kenderaan model Accord, CR-V
Honda Malaysia hari ini memanggil balik 2,784 kenderaannya untuk menggantikan inflator beg udara bahagian pemandu Takata, seiring dengan panggilan balik Honda global bagi Inflator Beg Udara Pemandu Bukan Azida (NADI).
Langkah itu membabitkan 1,380 unit Accord (model tahun 1999) dan 1,404 unit CR-V (model tahun 2000).
9) COVID-19: 935 kes baharu, tiga lagi kematian
Malaysia merekodkan sebanyak 935 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di Malaysia sebanyak 60,752 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu terdapat empat kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.
10) Polis Kedah rampas heroin RM10 juta cuba diseludup masuk di sempadan Malaysia-Thailand
Cubaan sindiket menyeludup masuk dadah jenis heroin seberat 100 kilogram dianggarkan bernilai lebih RM10 juta menggunakan laluan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kedah digagalkan polis.
Sumber berkata, polis menahan dua lelaki Thailand berusia dalam lingkungan 30-an di kawasan Padang Sanai di sini, kira-kira jam 8 malam Rabu.
Khairunnisa Kasnoon
Thu Nov 26 2020

Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UMNO sedang diterajui Ahmad Zahid yang lemah - Penganalisis
Tegasnya, ia sebenarnya signal daripada pemimpin berkenaan agar parti itu tidak terkena sakit jantung seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

MOM yakin Sukan Olimpik berlangsung ikut jadual
Penganjur berusaha memastikan temasya selamat dan terjamin bukan sahaja kepada atlet dan pegawai tetapi juga masyarakat setempat.

Rupa-rupanya Gunung Jerai sumber batu permata asli
Gunung Jerai menyimpan batu-batu permata yang kini sedang giat diterokai oleh penduduk tempatan.

Hubungan UMNO - Bersatu punca keretakan parti - Penganalisis
Hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi antara faktor keretakan antara pemimpin parti Melayu terbesar negara, kata Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.

Penunjuk perasaan di Tunisia tuntut kebebasan mereka yang ditahan
Kumpulan hak asasi manusia memaklumkan, kira-kira 1,000 orang ditahan manakala puluhan yang lain dipenjara atas tuduhan melakukan vandalisme dan mencuri.

Protes Rusia: Polis guna kekerasan lerai demonstrasi
Sekitar 40,000 penunjuk perasaan tidak menghiraukan amaran cuaca sejuk dan polis untuk menuntut pembebasan pengkritik Kremlin dan Ketua Pembangkang Rusia, Alexei Navalny.

Penderaan seksual: Emmanuel Macron ikrar ketatkan undang-undang
Macron memberi jaminan itu selepas kerajaannya berikrar untuk memperketatkan undang-undang rogol terhadap kanak-kanak.

Perlumbaan kuasa di sebalik krisis kesihatan dunia
Ternyata, impian dan cita-cita sebilangan umat manusia di muka bumi ini tidak mampu melawan ketentuan Yang Maha Esa.

Gimnasium luncur ais negara China mula menghasilkan ais
Menerusi teknologi itu ia berupaya menghasilkan lorong luncur ais untuk kegunaan perlumbaan rasmi.

Politik | UMNO Dirombak, ubah dimensi politik negara?
Semalam, Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Abdul Rahman Ibrahim meminta supaya kemelut politik di dalam UMNO diselesaikan dengan penuh bijaksana. Malah, beliau turut mencadangkan supaya UMNO dirombak semula termasuk jawatan Presidennya selain mengetengahkan pemimpin yang bukan hanya diterima oleh ahli tetapi juga rakyat. Untuk membincangkan lebih lanjut isu ini, bersedia di talian melalui Skype, Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Universiti Malaya, UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakob.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Khamis
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang Khamis
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.