MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 12 Disember 2020.
Malaysia mencatatkan sebanyak 1,937 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini ialah sebanyak 82,246 kes.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, mengalu-alukan jika ada sebarang cadangan pembinaan tugu peringatan di tapak tragedi kondominium Highland Towers.
Bermula 1 Januari depan, penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya atau kawasan selain yang digazetkan di ibu negara adalah dilarang dan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 boleh dikenakan terhadap individu yang ingkar.
Sudah masuk hari ke-270 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi penguatkuasaannya pada Jumaat masih mengesan individu yang melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka.
Khabar angin bertiup kencang mengatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.
Polis Selangor mengesahkan kenyataan yang tular mendakwa kononnya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Selangor bermula 12 Disember adalah palsu.
Satu perbualan dipercayai membabitkan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk daripada Angkatan Muda Keadilan, telah tular, dengan kandungannya antara lain menyelar Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Parti Warisan Sabah (Warisan) akan melebarkan sayapnya ke Semenanjung dalam usaha mengukuhkan parti itu termasuk sama-sama terlibat dalam pembuat keputusan dan pentadbiran Malaysia.
Golongan belia di Malaysia rata-ratanya bersetuju keyakinan terhadap sistem demokrasi yang semakin menurun adalah dipengaruhi oleh tindak tanduk ahli politik sendiri.
Kerajaan menjangkakan peningkatan bilangan kes harian COVID-19 lebih tinggi dalam masa terdekat berikutan langkah saringan wajib bagi pekerja asing.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami