ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 16 Disember 2020.

1) 1,295 kes baharu, tujuh kematian akibat COVID-19 - Dr Noor Hisham 

Sebanyak 1,295 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan pertambahan tujuh lagi kes kematian baharu. 

2) Perbelanjaan rawatan, vaksin COVID-19 dapat pelepasan cukai - MOF 

Kos perbelanjaan rawatan dan vaksin COVID-19 bagi ibu bapa boleh mendapat pelepasan cukai di bawah perbelanjaan membiayai rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini. 

3) Perak berterima kasih susulan pengisytiharan darurat PRK Gerik - MB 

Perak berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengisytiharkan darurat bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik tidak diadakan. 

4) Saarani bentang Belanjawan Perak seminggu selepas dilantik 

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad hari ini membentangkan Belanjawan 2021 negeri Perak di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 selepas genap tujuh hari dilantik ke jawatan itu. 

5) Isu KWSP: Rakyat kesal, kecewa dengan Najib 

Rakyat melahirkan rasa kesal dan kecewa kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dikatakan memberi harapan palsu mengenai permohonan pengeluaran akaun satu i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

6) Di sebalik insan bernama Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz

Menelusuri sejarah figura ilmuan hebat bernama Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, tentunya Allahyarham dilihat sebagai antara cendekiawan tersohor negara yang menjadi insprirasi kepada generasi muda.
 
7) Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa

Bidang ekonomi bukanlah satu-satunya kekuatan Profesor Diraja Ungku Aziz, sebaliknya Allahyarham turut terkenal memperjuangkan bahasa Melayu sehingga dilantik sebagai Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang pertama.

8) Tiga kanak-kanak maut dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS

Tiga kanak-kanak maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua buah lori di Kilometer 272.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, dekat sini, petang Rabu.

9) Kes penderaan mental dan seksual terhadap kanak-kanak meningkat ketika PKP

Indeks kes penderaan mental dan seksual membabitkan kanak-kanak didapati meningkat ketika negara sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

10) Nama Stadium Ffira Mikah dibatal, Hakim Ariff akan dikenakan tindakan

Stadium mini kontroversi Ffira Mikah di Kuala Nerang telah dibatalkan serta-merta penggunaan namanya kerana tindakan berkenaan dibuat tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan negeri.