IPOH:Perak berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengisytiharkan darurat bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik tidak diadakan.
Walaupun Gerik berada di dalam Zon Hjiau ekoran ancaman pandemik COVID-19, ia tetap berhadapan risiko, seperti yang berlaku sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September lalu.
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, jika berlaku PRK sudah tentu berlaku pergerakan secara bebas.
“Orang daripada luar daerah Hulu Perak masuk ke daerah Hulu Perak sama ada daripada daerah yang berhampiran, daerah Lenggong, Kuala Kangsar, ataupun daripada Kedah sebab sempadannya ialah di Baling, ataupun daripada Pulau Pinang.
“Tiada siapa boleh menjamin bahawa keluar masuk orang ramai itu tidak membawa apa-apa gejala COVID-19.
“Jadi kerana itu saya fikir Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengambil kira pengalaman yang berlaku di Sabah, maka mereka telah membuat keputusan untuk mendapat perkenan Agong supaya diisytiharkan darurat,” katanya.
Beliau ditemui selepas membentangkan Belanjawan 2021 Perak di sini pada Rabu.
BACA: Agong perkenan isytihar darurat bagi PRK Gerik dan Bugaya - PM
Beliau yang juga Pengerusi UMNO Perak berkata, pihaknya akur walaupun telah membuat persiapan seperti pelantikan Ketua-Ketua Pusat Daerah Mengundi dan mendapatkan biodata 11 calon yang berpotensi.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong telah berkenan untuk mengisyiharkan darurat bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen (P.054) Gerik, Perak dan Bahagian Pilihan Raya Negeri (N.66) Bugaya, Sabah.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam kenyataan pada Rabu berkata Sultan Abdullah memperkenankan perkara itu selepas berpuas hati dengan adanya keperluan berbuat demikian.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Dec 16 2020

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, jika berlaku PRK sudah tentu berlaku juga pergerakan secara bebas. - Gambar fail

Sukan Olimpik: 264 atlet, pegawai terima suntikan vaksin COVID-19 pada April - Reezal Merican
Seramai 264 atlet dan pegawai yang akan mewakili negara ke kejohanan antarabangsa dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Tokyo dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula April depan.

Pegawai, anggota polis ditahan sertai parti liar
Hasil saringan air kencing mendapati pegawai dan empat anggota itu positif dadah jenis Amphetamine dan Methaphetamine.

Darell Leiking sahkan Adun Sebatik keluar Warisan
Darell Leiking mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir sudah keluar daripada parti itu.

Nasib 700 pekerja kilang tayar Silverstone Taiping akan dibela - Exco
Setakat ini 200 pekerja syarikat Silverstone telah diserapkan ke kilang Toyo Tire Malaysia Sdn Bhd.

Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.

Nadal tarik diri daripada Terbuka Rotterdam kerana kecederaan belakang
Pemain nombor dua dunia itu sepatutnya akan mewakili Sepanyol dalam kejohanan di Rotterdam Ahoy itu minggu depan.

Akta 446: Kerajaan dicadang sediakan insentif kepada majikan, kontraktor
Kerajaan dicadang memberikan insentif atau subsidi kepada majikan dan kontraktor bagi memastikan mereka dapat menyediakan penempatan lebih baik kepada pekerja serta memutuskan rantaian COVID-19.

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

AWANI Ringkas: Masih ramai tidak percaya, tidak yakin

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

Perak berterima kasih susulan pengisytiharan darurat PRK Gerik - MB
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, jika berlaku PRK sudah tentu berlaku juga pergerakan secara bebas.

SPR akur pengisytiharan darurat di Gerik, Bugaya
SPR akur dengan keputusan pengisytiharan darurat di Pilihan Raya Kecil (PRK) P.054 Gerik, Perak dan DUN N.66 Bugaya, Sabah.

Darurat Bugaya, Gerik: SPR perlu berbincang dengan MKN, KKM - Ismail Sabri
SPR memaklumkan PRK bagi Parlimen Gerik dan Dun Bugaya dilaksanakan secara serentak di mana hari pengundian ditetapkan pada 16 Januari 2021

Pengundian PRK Gerik, Bugaya serentak pada 16 Jan - SPR
Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, SOP lebih ketat untuk ditetapkan untuk kedua-dua PRK bagi mengelak timbulnya kluster baharu akibat penularan COVID-19.

Lebih mulia kerusi Parlimen Gerik tidak ditandingi - Saarani
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak itu mengharapkan supaya hanya satu calon, iaitu daripada Barisan Nasional, yang akan bertanding.

Kemenangan percuma: UMNO Gerik serah pertimbangan parti-parti lain
Pemangku ketuanya, Datuk Aznel Ibrahim berkata, walaupun cadangan itu datang daripada DAP, tetapi mungkin ada parti lain yang berbeza pandangan.

UMNO Perak sedia hadapi kemungkinan PRK Gerik
Parti itu menunggu keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan sama ada PRK perlu diadakan atau sebaliknya.