ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 24 Disember 2020.

1) COVID-19: Kes baharu kekal empat digit, jumlah keseluruhan kini 100,318

Malaysia merekodkan 1,581 kes baharu COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 100,318 kes.

2) COVID-19: Cecah 100 ribu kes, masyarakat perlu lebih waspada! - KP Kesihatan

Masyarakat dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan berhati-hati susulan peningkatan kes COVID-19 dalam negara yang telah mencapai jumlah kumulatif sebanyak 100,318 kes.

3) Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Tan Sri Mohamad Aziz meninggal dunia

Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Tan Sri Mohamad Aziz meninggal dunia pada Khamis malam di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

4) Caj air mentah: Pulau Pinang tidak akan bayar walau satu sen pada Kedah - Ramasamy

Kerajaan negeri Pulau Pinang tetap dengan pendirian tidak akan membayar walau satu sen atau memberi sumbangan kepada Kedah kerana mengambil air mentah dari Sungai Muda.

5) Jangan leka, mungkin ada banjir gelombang ketiga di Kelantan - MB

Banjir di negeri ini beransur pulih dengan hanya 240 mangsa banjir membabitkan 104 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.

Bagaimanapun, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob mengingatkan rakyat agar tidak leka dengan gelombang seterusnya.

6) Wanita maut dikelar: Polis buru lelaki warga Indonesia bantu siasatan

Polis memburu seorang lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita, dipercayai rakan senegaranya, di Klang, pada Rabu.

7) Kereta jadi rumah, air kopi ganti susu anak, mi segera lapik perut

Selepas rumah yang didiami terbakar, seorang pengawal keselamatan, S Ganesh tiada pilihan lain selain daripada membawa isteri dan tiga orang anaknya termasuk bayi berusia lapan bulan tinggal dalam kereta.

8) Perutusan Hari Krismas: Jadikan kepelbagaian kaum, agama kekuatan bina negara - PM

Kepelbagaian kaum dan agama di negara ini perlu dijadikan sebagai satu kekuatan untuk membina Malaysia, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

9) Dua gerabak terbakar, khidmat monorel tergendala

Dua gerabak monorel terbakar di Stesen Monorel Jalan Maharajalela menghala ke KL Sentral hari ini menyebabkan perkhidmatan tren itu tergendala dalam satu kejadian jam 7.15 pagi Khamis.

10) Majikan gagal lakukan saringan terhadap pekerja asing akan dikenakan tindakan

Bermula 1 Januari 2021, tindakan undang-undang dan penalti akan dikenakan terhadap majikan yang gagal memastikan pekerja asing mereka menjalani ujian saringan COVID-19.