awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Cecah 100 ribu kes, masyarakat perlu lebih waspada! - KP Kesihatan

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2020
12:35 MYT
COVID-19: Cecah 100 ribu kes, masyarakat perlu lebih waspada! - KP Kesihatan
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam meraikan sambutan Krismas, rakyat Malaysia juga perlu patuh kepada SOP yang telah digariskan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Masyarakat dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan berhati-hati susulan peningkatan kes COVID-19 dalam negara yang telah mencapai jumlah kumulatif sebanyak 100,318 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam meraikan sambutan Hari Krismas, rakyat Malaysia juga perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan.
"Rakyat Malaysia diingatkan untuk mengurangkan risiko jangkitan di antara ahli keluarga dan rakan-rakan dengan mengamalkan norma baharu seperti elakkan sembang dari jarak dekat dan menggunakan pelitup muka.
"Elakkan daripada berkumpul dalam jangka masa yang lama kerana ia akan meningkatkan risiko penularan jangkitan COVID-19. Selain itu, hendaklah sentiasa amalkan kebersihan kendiri dengan kerap mencuci tangan dan juga menjaga kebersihan persekitaran," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA: COVID-19: Kes baharu kekal empat digit, jumlah keseluruhan kini 100,318
BACA: Jumlah kes COVID-19 Malaysia sudah cecah 100 ribu! Ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Malah, katanya sejajar dengan perkembangan teknologi telekomunikasi terkini, rakyat Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan panggilan video sebagai gantian amalan ziarah-menziarahi.
"Dengan amalan baharu ini, kita sama-sama dapat melindungi warga tua dan kumpulan-kumpulan rentan daripada dijangkiti COVID-19," ujarnya.
Topic Berkaitan
#kes kumulatif
#COVID-19
#kes cecah 100 ribu
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Ketua Pengarah Kesihatan
#SOP
#Krismas
#norma baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan