ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 26 Disember 2020.

1) COVID-19: Malaysia catat 2,335 kes baharu, rekod tertinggi 

Malaysia mencatatkan kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini, dengan 2,335 kes sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini adalah sebanyak 103,900 kes. 

2) COVID-19: Kuala Lumpur rekod 728 kes harian atasi Selangor 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 677 kes di Kuala Lumpur dikesan daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. 

3) Individu ditahan ingkar PKP meningkat hampir lima kali ganda

Jumlah individu yang ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat hampir lima kali ganda iaitu 1,002 pada Jumaat berbanding 246 individu pada hari sebelumnya. 

4) Menjelang PRU-15: Parti-parti perlu tampil muka baharu, adaptasi dinamika politik 

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata kebanyakkan parti politik pada ketika ini dilihat masih lagi ketinggalan dalam menampilkan muka baharu. 

5) "Tiada agenda politik, hanya hadir kenduri tahlil Tun Rahah" - Mohd Shafie 

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menolak spekulasi bahawa beliau ada membuat perbincangan politik dengan dua pemimpin kanan UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

6) "Pas mahu bersama MN atau PN?" - Tajuddin Rahman

Pas perlu membuat keputusan segera sama ada mahu bersama-sama dengan Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

7) "Neelofa, PU Rizz sedang harungi dugaan bertunang" - Sumber 

Menurut beberapa sumber yang dihubungi, dakwaan yang mengatakan pertunangan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, dengan PU Rizz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, sudah berakhir amat sukar untuk disahkan buat masa sekarang. 

8) Anjur parti liar di banglo Bukit Tinggi, 30 ditahan polis 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, serbuan dalam operasi khas sempena sambutan Hari Krismas pada pukul 4.45 pagi itu turut menemukan dadah jenis methamphetamine, ketamin dan ganja bernilai RM3,750. 

9) Tidak perlu lagi tinggal dalam kereta, lima beranak terima rumah PPR 

Selepas nasib S Ganesh sekeluarga yang menjadikan kereta sebagai kediaman mendapat liputan meluas media, kerajaan negeri Pulau Pinang akhirnya meluluskan permohonannya untuk mendapatkan sebuah unit kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR).

10) Tragedi 16 Sept: Nor Aqilah cerita kejadian ragut nyawa kembar dan 2 rakan

Seratus hari selepas tragedi hitam yang meragut nyawa kembar dan dua rakannya, mangsa yang terselamat Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, bercerita tentang apa yang berlaku pada detik malang tanggal 16 September lalu.