ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 31 Disember 2020.

1) COVID-19: Hari terakhir 2020, Malaysia catat 2,525 kes baharu

Malaysia menutup tahun 2020 dengan mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi hari ini, dengan 2,525 kes.

2) Perang COVID-19 belum tamat, kian sengit - Dr Noor Hisham

Peperangan melawan pandemik COVID-19 masih belum tamat, malah kian sengit yang memerlukan kesepaduan rakyat dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menanganinya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

3) Perutusan Tahun Baharu: Agong nasihat jaga SOP dan kurangkan ketegangan politik

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu 2021 kepada seluruh rakyat Malaysia dalam dan luar negara.

4) Tolak politik ke tepi, bersatu jaga kebajikan rakyat - Muhyiddin

Nasihat itu disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mahu kebajikan rakyat didahulukan, terutama ketika negara sedang berjuang melawan pandemik COVID-19.

5) "Pi baliklah" - Ulas Tun Mahathir sinis mengenai dakwaan Anwar

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan kerjasama antara beliau dan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berulang lagi.

6) "Patuh SOP, amal kawalan kendiri" - Nasihat Pak Long pada penghujung 2020

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media terakhirnya pada 2020 menasihatkan semua rakyat Malaysia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan amalkan kawalan kendiri.

7) Kartel daging: PPIM dakwa sindiket masih aktif, guna M.O palsu pengisytiharan

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa kegiatan sindiket kartel daging di Johor masih aktif walaupun dua individu sudah dihadapkan ke mahkamah pada Rabu.

8) Jalan Universiti diganti dengan nama Jalan Prof Diraja Ungku Aziz

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk menamakan semula Jalan Universiti di Petaling Jaya dengan nama Jalan Prof Diraja Ungku Aziz.

9) Wanita bunuh kucing bunting direman empat hari

Wanita yang didakwa membunuh seekor kucing yang sedang bunting dengan cara memukulnya menggunakan sebatang besi di kawasan perumahan di Jalan Pintas Kaloi, Seberang Jaya, Pulau Pinang kelmarin direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.

10) Khidmat Abby Fana bersama Sinar berakhir hari ini

Selepas 14 tahun bersama Sinar, hari ini Abby Fana menamatkan khidmatnya sebagai penyampai radio di stesen berkenaan.