KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan kerjasama antara beliau dan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berulang lagi.
Malah, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Anwar sendiri yang menolak bulat-bulat tawaran beliau untuk kembali mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) selepas dijatuhkan dari Putrajaya, awal tahun ini.
Selain itu, Dr Mahathir secara sinis berkata “Pi baliklah”, merujuk kepada kenyataan berulang kali Anwar bahawa Presiden PKR itu mempunyai jumlah bilangan Ahli Dewan Rakyat yang “strong, formidable, convincing” untuk menjatuhkan Perikatan Nasional (PN), yang akhirnya gagal direalisasikan.
“Bila Pakatan Harapan kalah, tak jadi kerajaan kita cuba kerja (kembali). Walaupun Bersatu (ketika itu) tidak ada dalam Pakatan Harapan, kita ada apa yang dipanggil Pakatan Harapan Plus. Dan kita tawar untuk kerjasama dengan Pakatan Harapan.
“Anwar tolak saya bulat-bulat. Tak boleh jadi apa pun, tak boleh masuk (kembali ke PH). Jadi yang tolak ni bukan saya tetapi dia,” katanya kepada sidang media selepas menghadiri majlis Amanat Perjuangan 2021 anjuran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Selangor, di ibu negara hari ini.
Dr Mahathir berkata, Anwar juga enggan membenarkan orang lain menjadi calon Perdana Menteri, walaupun pada hakikatnya beliau sendiri tidak mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi.
“Saya nak kerjasama juga, saya offer kepada dia. Tak apa lah saya jadi Perdana Menteri cuma enam bulan…oh tak boleh, dia punya yang ni. Bagi nama Datuk Seri Shafie Apdal pun tak boleh, dia (Anwar) sahaja nak jadi Perdana Menteri. Tapi dia tak boleh jadi Perdana Menteri, kalau tidak ada sokongan yang cukup.
“Kalau tak ada kami (Pejuang) dia tak ada sokongan yang cukup. Dan berapa kali dia kata apa tu .. Strong, Formidable, Convincing Majority. Pi balik lah…,” katanya secara sinis.
Sebelum ini Anwar dilaporkan berkata, Pakatan Harapan (PH) boleh mengundang sesiapa sahaja untuk menyertai gabungan itu ataupun di bawah payung PH Plus, tetapi dengan syarat harus patuh kepada prinsip penubuhannya.
BACA: Tun M kembali ke Pakatan Harapan? Ini jawapan Anwar Ibrahim...
Selain itu beliau berkata, mana-mana ahli politik atau parti yang ingin menyertai PH tidak boleh sama sekali membawa agenda kepentingan peribadi atau cuba membawa kembali budaya kebobrokan ke dalam gabungan berkenaan.
Menurut beliau, soal sama ada Dr Mahathir dan Pejuang atau mana-mana parti yang ingin menyertai gabungan itu, terserah kepada kelulusan PH melalui Majlis Presidennya.
Firdaus Azil
Thu Dec 31 2020

Dr Mahathir berkata, Anwar juga enggan membenarkan orang lain menjadi calon Perdana Menteri, walaupun pada hakikatnya beliau sendiri tidak mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi. - Gambar fail/Astro AWANI

Morbidelli letak sasaran lebih tinggi dalam musim ketiga bersama SRT
Pelumba Itali yang mewakili Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) semenjak 2019 itu bertekad untuk menjadi juara apabila kembali mencelapak jentera Yamaha YZR-M.

AWANI Ringkas: Kelulusan daftar bersyarat tiga vaksin | KL sokong perdamaian di Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

AWANI Ringkas: Petunjuk ekonomi negara mula catat pemulihan | Penggambaran, operasi pawagam dibenarkan 5 Mac
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Arab Saudi wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah haji tahun ini
Menteri Kesihatannya berkata ia merupakan antara syarat utama dikenakan kepada jemaah bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Dua warga Pakistan ditahan, disyaki bunuh rakan senegara
Siasatan polis mendapati mangsa berhutang beberapa ribu ringgit dengan suspek.

Amerika Syarikat jangka semua warga dewasanya divaksin akhir Mei ini
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menjangkakan semua orang dewasa di negara itu akan menerima suntikan vaksin COVID-19 menjelang akhir Mei ini.

Texas tarik balik arahan pemakaian wajib pelitup muka
Gabenor Greg Abbot mengumumkan untuk menarik balik arahan pemakaian pelitup muka mandatori di Texas yang dilaksanakan susulan jangkitan pandemik COVID-19.

Kerajaan perlu berani adakan sidang Parlimen
Muhammad Fathi tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika sidang Parlimen dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.

Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Remaja berkenaan dikenali sebagai Nurain Sarudin yang beralamat di Flat Buntong Harmoni.

Survival politik Amanah dan setiakawan yang dikhianati
Melihat kepada kemorosotan populariti Amanah di ruangan publik dan juga bahan sebutan di kalangan rakyat, ini sesuatu yang membimbangkan.

Muhyiddin sebagai 'puppet' Tun M? Teori ini tidak benar - Marzuki
Pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan pihak-pihak tertentu, pendirian beliau adalah jelas.

"Mungkin tidak ada pihak yang boleh gugat kedudukan Muhyiddin" - Tun M
Dr Mahathir berpendapat, tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengugat kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ketika ini.

"Orang sekarang masuk politik untuk isi poket, dapat Tan Sri, Datuk" - Tun M
"Waktu saya jadi Perdana Menteri, gaji saya hanya RM20,000, menteri-menteri saya tak bagi banyak, RM14,000 sahaja." Tun Dr Mahathir Mohamad.

Politik Melayu perlu bersatu - SEDAR
Amat mengecewakan jika UMNO, Pas dan Bersatu gagal mencari kesepakatan sebagai satu pasukan yang mantap.

'Tun M yang sepatutnya ketuai PN, tiada siapa dapat baca fikirannya' - Marzuki
Tun Dr Mahathir Mohamad yang sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengambil peluang untuk mengumumkan bahawa beliau mempunyai sokongan yang mencukupi.

Pejuang gesa persidangan Parlimen berlangsung penuh, bukan hanya sehari
Menurut satu kenyataan media pada Khamis, Pejuang menuntut persidangan kali ini mengikut takwim asal tanpa memendekkan sesi persidangan.

'Dakwaan Ketua Armada Bersatu kepada UMNO hanya provokasi' - Syed Ali
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bahawa UMNO bukan lagi kuasa besar dalam politik negara amat tidak berasas dan sekadar provokasi.

Marzuki dedah Tun M pernah setuju calonkan Muhyiddin sebagai PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan keberatan dicalonkan sebagai Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, meletak jawatan Februari lalu.

Najib Razak jelaskan maksud 'kerjasama dengan seteru politik'
Najib berkata, Tun Abdul Razak juga pernah melakukan perkara sama demi 'kestabilan dalam negara untuk memulihkan negara'.