MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 10 Januari 2021.
1. COVID-19: 2,433 kes baharu, angka kematian kembali meningkat
Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 730 kes, diikuti Sabah sebanyak 403 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 321 kes.
2. Mustapa Mohamed positif COVID-19
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif COVID-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.
3. Hospital hadapi kesukaran jika kes COVID-19 cecah 5,000 sehari - Ismail Sabri
Kerajaan mengakui berdepan kesukaran untuk menampung keperluan pesakit di hospital sekiranya kes baharu COVID-19 yag dikesan melangkau melebihi 5,000 kes sehari.
4. Kerajaan Muhyiddin masih sah, UMNO perlu tentukan benarkan ahli tarik sokongan - Penganalisis
Walaupun ada pihak mengatakan Perdana Menteri sudah hilang majoriti, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, gabungan di bawah PN masih mempunyai jumlah yang besar berbanding pembangkang.
5. Hilang majoriti: Sidang Khas Dewan Rakyat boleh dipanggil - Pakar Perlembagaan
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa memanggil Persidangan Khas Dewan Rakyat untuk menentukan jika benar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah hilang majoriti menerusi usul undi percaya.
6. Beberapa lagi MP UMNO mungkin tarik diri sokong PN - Tajuddin Rahman
Beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO dikatakan akan mengikut langkah Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
7. UMNO tidak akan runding kerusi PRU15 dengan Bersatu - Tajuddin Rahman
UMNO tidak akan mengadakan rundingan pengagihan kerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
8. Bilangan mangsa banjir berkurangan di empat negeri, naik di Johor
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak terus menunjukkan trend penurunan petang ini setelah beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri itu ditutup.
9. NGO dinasihat buat saringan COVID-19 sebelum bantu mangsa banjir - Ismail Sabri
Orang ramai serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khususnya dari zon merah yang ingin membantu mangsa terjejas banjir disarankan melakukan ujian saringan COVID-19.
10. Peperiksaan SPM tidak boleh ditangguhkan lagi - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan Februari ini diteruskan meskipun ada kebimbangan peningkatan kes COVID-19 sejak akhir-akhir ini.

#berita pilihan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#PKP
#pandemik
#COVID-19
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#Perdana Menteri
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#Kluster baharu