ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Februari 2021.
1) COVID-19: Kes sembuh kekal tinggi, atasi kes baharu
Seperti semalam, Malaysia hari ini mencatatkan perkembangan positif apabila jumlah kes sembuh dari COVID-19 lebih tinggi berbanding kes baharu, iaitu sebanyak 4,521 kes.
2) PKPD Penjara Tapah mula esok, pelanjutan di Penjara Sungai Udang
Kerajaan hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tapah, Perak dan kuarters kakitangannya.
3) Ekonomi teruk, kerajaan tidak usaha permudah kegiatan perniagaan - Dr Mahathir
Menyedari bahawa wabak COVID-19 menghalang kegiatan perniagaan dan kerja, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui negara sememangnya mengalami kemerosotan ekonomi.
4) Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh sekitar 5.2-5.9 peratus tahun ini - AmBank Research
Ekonomi Malaysia diunjur pulih pada tahun ini dengan pertumbuhan sekitar 5.2 peratus hingga 5.9 peratus, demikian menurut AmBank Research pada Isnin.
5) Kelajuan muat turun kandungan internet di Malaysia tidak sampai 100 Mbps - Kajian
Kajian daripada Khazanah Research Institute (KRI) mendapati kelajuan muat turun kandungan internet di Malaysia tidak melebihi 100 Mbps walaupun dengan liputan rangkaian terbaik.
6) Akta gangguan seksual: Saya kecewa ia masih di peringkat AGC - Kasthuri Patto
Rang Undang-Undang (RUU) melibatkan isu gangguan seksual yang dijangka siap Mac ini dan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang, disifatkan terlalu lewat.
7) SKMM akan siasat aplikasi 'Sugarbook'
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau dan menyiasat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) aplikasi mencari teman ‘Sugarbook’ dan akan mengambil tindakan terhadap pengguna dan pemilik platform itu sekiranya didapati melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang negara ini.
8) Laporan audit 1MDB: Najib gagal gugurkan Sri Ram daripada pasukan pendakwaan
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini gagal dalam satu lagi cubaannya untuk menggugurkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas perdana menteri itu.
9) Perbincangan kuota haji, umrah tidak lama lagi
Atase Agama Arab Saudi ke Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian berkata, kerajaan Penjaga Dua Masjid Suci itu dijangka menerima kunjungan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan perkara berkenaan.
10) Pasukan Liga-M manfaatkan kelonggaran MKN adakan latihan
Kebanyakan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) memanfaatkan sepenuhnya kelonggaran mengadakan latihan yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bermula hari ini dengan memulakan latihan masing-masing sebagai persiapan menghadapi musim 2021 menjelang sepak mula pada 5 Mac ini.
Astro Awani
Mon Feb 15 2021

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ketidakpatuhan SOP bazar Ramadan: KKM beri kuasa kepada PBT kompaun kesalahan
Netizen mula berkongsi gambar dan video menunjukkan pengunjung bazar Ramadan bersesak-sesak, dan tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika membeli juadah untuk berbuka di bazar Ramadan.

Reezal Merican yakin lebih ramai layak ke Sukan Olimpik Tokyo
Seramai 23 atlet di bawah Program RTT 2020 kini dalam usaha memburu slot di temasya Sukan Olimpik menerusi proses kelayakan, yang masih berlangsung sehingga Jun.

RM420.8 juta pembiayaan mikro kredit disalur menerusi PENJANA - Tengku Zafrul
Ia termasuk pemohon daripada bidang peruncitan dan perkhidmatan.

Patuhi SOP ketat agar bazar Ramadan boleh diteruskan - Chow Kon Yeow
Orang ramai digesa agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan bagi memastikan pelaksanaan bazar boleh diteruskan.

Arahan Sekatan | Turki kenakan sekatan separa penuh
Turki mengenakan arahan sekatan separa di negara itu, untuk tempoh beberapa minggu pertama dalam bulan Ramadan. Keputusan itu dibuat Presidennya, Recep Tayyip Erdogan dalam satu siaran televisyen setelah negara itu mencatatkan peningkatan kes COVID-19.

COVID-19 | Penduduk singapura boleh pilih vaksin
Penduduk di Singapura dibenarkan memilih jenis vaksin COVID-19 untuk diterima serta pusat vaksinasi menerusi sistem tempahan janji temu. Setiap pusat hanya akan membekalkan dan memberi satu jenis vaksin - sama ada Moderna atau Pfizer-Biontech.

Vaksinasi COVID-19 | Skuad Harimau Malaya divaksin bermula Isnin depan
Skuad bola sepak kebangsaan bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe, boleh menarik nafas lega apabila sah akan menerima suntikan vaksin COVID-19 Isnin depan. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, 78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dijangka menerima suntikan dos pertama COVID-19 di Dewan Seri Seroja di Putrajaya.

COVID-19 | 4 kawasan di Sabah, Pahang dikenakan PKPD
Sementara itu empat lagi kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu satu di Sabah dan tiga di Pahang. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kawasan terbabit ialah Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud Serta Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi di Muadzam Shah, Rompin.

Bazar Ramadan | Muhyiddin ingatkan pengunjung patuh SOP
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pengunjung bazar Ramadan di seluruh negara agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak daripada jangkitan COVID-19. Pesan Perdana Menteri, keadaan COVID-19 belum reda dan semua pihak perlu berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri dan orang di sekeliling.

Buang Bayi | Bayi ditemui di luar pintu hospital swasta
Seorang bayi perempuan dipercayai berusia kira-kira 14 hari ditemui ditinggalkan di luar pintu sebuah hospital swasta di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru malam Selasa. Bayi itu ditemui seorang penyambut tetamu yang bertugas di lobi hospital berkenaan pada jam 8.45 malam.

Najib pernah terima RM2.6 bilion, RM42 juta 'kacang' baginya - Pendakwaan
Pendakwa ad hoc, Datuk V Sithambaram berkata jumlah tersebut seperti kacang untuk Najib kerana beliau sebelum ini telah mengambil sumbangan sebanyak RM2.6 bilion.

Mahkamah diberitahu Najib terlibat dalam keputusan mesyuarat, ada 'interest' kepada SRC International
Mahkamah Rayuan turut diberitahu bahawa Najib mempunyai 'interest' terhadap SRC International.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita dalam negara yang menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 April 2021.

Digelar Perdana Menteri paling teruk, Najib senaraikan kejayaan di bawah pentadbirannya
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau disifatkan teruk bagi 'mereka' dan tidak baik untuk kroni-kroni mereka.

SRC International: Pasukan pembelaan Najib selesai hujah enam hari
Ini merupakan cubaan pertama Najib selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri itu.

SRC International: Hakim bagaikan 'terdorong' putus Najib bersalah - Peguam
Mahkamah Rayuan pada Selasa diberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bagaikan terdorong untuk memutuskan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak bersalah.

Beri laluan Najib kemudi parti pada PRU15 - Ketua UMNO Kubang Pasu
Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan untuk kembali memimpin UMNO dan membawa kebangkitan semula parti seperti sebelum ini.

Najib masih Perdana Menteri Malaysia paling teruk - Tun M
Dr Mahathir kekal dengan pendirian menolak sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin yang beliau percaya telah memberi nafas baru kepada Najib.

Rayuan kes SRC Najib masuk minggu kedua
Salah seorang pegawai beliau memaklumkan barisan pembeleaan akan memohon mahkamah untuk penggulungan hujah pembelaan kes itu kira-kira pukul 1 petang ini.

Najib percaya duit dalam akaunnya datang dari Raja Arab Saudi, bukan SRC International - Peguam
Najib mempunyai kepercayaan wang RM42 juta tersebut merupakan sebahagian daripada sumbangan dana politik dari keluarga diraja Arab Saudi.