ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Februari 2021.

1) Vaksin COVID-19: Tiada kesan sampingan setakat ini, kongsi Perdana Menteri

Memasuki hari kedua menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keadaannya ketika ini baik-baik sahaja.

Malah, ujarnya, tiada sebarang kesan sampingan yang dirasai ketika ini.

2) [LAPOR LANGSUNG] PM individu pertama divaksinasi, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjalan lancar

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjalan lancar dan rakyat Malaysia kini menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin mereka. 

3) COVID-19: 1,924 kes baharu, 12 kematian direkodkan

Sebanyak 1,924 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari Khamis, menjadikan jumlah kumulatif positif adalah sebanyak 293,698 kes.

4) MYEG lancarkan ujian COVID-19 menggunakan air liur mulai 1 Mac

Penyedia perkhidmatan digital MY E.G. Services Bhd (MYEG) akan memperkenalkan ujian saringan COVID-19 menggunakan persampelan air liur di rumah bermula 1 Mac ini.

5) Undang-undang syariah seks luar tabii Selangor tidak sah - Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan membenarkan usul dikemukakan seorang lelaki berusia 35 tahun yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 21 Ogos 2019 atas tuduhan cuba melakukan seks luar tabii.

6) Keputusan Mahkamah Persekutuan buka ruang cabar peruntukan jenayah Islam - Pembela

Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan undang-undang syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk mencabar kelakuan atau peruntukan jenayah syariah pada masa hadapan.

Keputusan itu sekali gus mengetepikan mengetepikan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

7) 'Tun M yang sepatutnya ketuai PN, tiada siapa dapat baca fikirannya' - Marzuki

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang sepatutnya mengetuai kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana beliau sudah mempunyai sokongan ahli Parlimen yang mencukupi Februari tahun lalu.

Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohamad, yang mendedahkan bagaimana kerajaan PN terbentuk di laman Facebooknya pada Khamis, berkata bagaimanapun tiada siapa tahu mengapa beliau tidak berbuat demikian.

8) "Artis Malaysia sepatutnya boleh jadi jutawan, tapi..." - Ziana Zain

Penggiat seni di Malaysia sepatutnya boleh menjalani hidup dengan selesa, malah ramai juga yang mampu bergelar jutawan.

Namun perkara itu tidak terjadi kerana hak dan kebajikan mereka tidak dijaga seperti sepatutnya, luah Ziana Zain.

9) Perak Man, rangka manusia berusia 11,000 tahun akhirnya miliki wajah

Perak Man, rangka manusia tertua berusia 11,000 tahun yang ditemukan 30 tahun lepas di Lembah Lenggong, Perak, kini mempunyai 'wajah' lakaran, yang siap pada 19 Jan lepas.

Lakaran wajah Perak Man itu dibuat menerusi kaedah 3D virtual reconstruction, oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan pakar reka bentuk 3D dari Brazil, Cicero Moraes, individu yang sering menjadi rujukan dalam bidang pembinaan semula wajah forensik di negaranya.

10) Lebih 12 hektar hutan ke Cameron Highlands terbakar

Lebih 12 hektar kawasan hutan di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands terbakar pada petang Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu, pada jam 5 petang.