ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 11 Mac 2021.
1) Penggunaan kalimah Allah: Kerajaan PN tegas tidak campuri urusan mahkamah
Keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama itu jelas menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus tegas tidak akan mencampuri urusan mahkamah.
2) Tidak mudah hapus tol, perlu penelitian menyeluruh - Fadillah
Tindakan menghapuskan tol lebuh raya di seluruh negara bukan satu keputusan yang mudah, kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
3) Tidak wajar potong gaji MP, Senator meskipun Parlimen tidak bersidang - Rais
Gaji dan elaun Ahli Parlimen dan Senator perlu dibayar walaupun Parlimen tidak bersidang kerana tanggungjawab mereka di luar dewan berjalan seperti biasa.
4) Zahid guna RM1.4 juta dana milik Yayasan Akalbudi bayar kad kredit, insurans dan cukai jalan - Saksi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu saksi ke-99 bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan dana berjumlah RM1.4 juta milik Yayasan Akalbudi bagi pembayaran sembilan kad kredit, insurans kenderaan dan cukai jalan bagi 20 buah kenderaan miliknya.
5) Isu kalimah Allah: Terlalu awal untuk ulas, perbincangan dalaman diperlukan - Zulkifli
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, masih terlalu awal untuk pihaknya mengulas berhubung keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan lain dalam penerbitan agama Kristian negara ini.
6) Dua remaja didakwa kerana mencarut guru
Dua remaja yang gambar mereka tular kerana menunggang motosikal dengan tidak memakai topi keledar selain baju seragam yang dipakai tertulis perkataaan mencarut guru didakwa hari ini.
7) Zahid minta sumbangan RM10 juta daripada ahli perniagaan Singapura - Saksi ke-98
Saksi pendakwaan ke-98 perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Zahid meminta sumbangan sebanyak RM10 juta daripada seorang ahli perniagaan Singapura dalam satu majlis makan malam pada tahun 2015.
8) COVID-19: 1,647 kes baharu, 2,104 pesakit sembuh dan 9 korban
Malaysia merekodkan 1,647 jangkitan baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 319,364, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
9) Ordinan Darurat: Hasilkan berita palsu, denda tidak lebih RM100,000
Kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021, berkuatkuasa 12 Mac, 2021, khusus untuk memerangi aktiviti penghasilan dan penyebaran berita tidak benar.
10. Rais Yatim persoal senator tidak tersenarai penerima utama vaksin COVID-19
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim hari ini memaklumkan secara rasmi kepada kerajaan supaya anggota Dewan Negara disertakan dalam senarai barisan hadapan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.
Astro Awani
Thu Mar 11 2021
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 11 Mac 2021.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 11 Mac 2021.