awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Panglima Tentera Darat bercuti, beri ruang siasatan SPRM - Menteri Pertahanan
7 maut, 10 cedera dalam nahas bas terbalik di wilayah pergunungan Vietnam
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2021
15:31 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita dalam negara yang menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 April 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 April 2021.
1. Mahkamah diberitahu Najib terlibat dalam keputusan mesyuarat, ada 'interest' kepada SRC International
Menurut pendakwa ad hoc, bekas perdana menteri itu juga mempunyai kuasa mutlak terhadap SRC International termasuk mengambil alih dan memecat pengarah.
2. Peras ugut: Anggota dan pegawai polis terlibat, dah macam pemungut cukai - Ayob Khan
Susulan laporan dibuat mangsa, tangkapan dibuat terhadap kesemua suspek, iaitu seorang pegawai kanan dan tiga anggota polis, kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
3. COVID-19: Makan di restoran, keramaian punca peningkatan kes - Pakar Kesihatan
Prof Madya Dr Malina Osman menjelaskan, keadaan lebih terkawal apabila mengunjungi bazar, pasar raya atau sebarang aktiviti lain yang tidak memerlukan untuk membuka pelitup muka.
4. Banjir kilat Lembah Klang berpunca masalah perparitan di tapak pembinaan - Lee Lam Thye
Lee berkata, salah satu punca utama banjir kilat adalah parit dan longkang yang tersumbat di sekitar tapak pembinaan dan sistem saluran perparitan yang lemah pada umumnya.
5. Bekalan vaksin rendah, akan lebih stabil mulai Jun - Khairy
Berdasarkan graf, Menteri Penyelaras PICK berkata, Malaysia akan mempunyai cukup bekalan untuk mencapai sasaran 80 peratus penduduk sebelum akhir tahun ini.
6. Ribut petir hampir setiap petang bukan cuaca ekstrem - MetMalaysia
Keadaan hujan lebat dan ribut petir yang melanda di kebanyakan kawasan pantai barat Semenanjung ketika ini bukan perkara luar biasa atau cuaca ekstrem, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon.
7. COVID-19: 1,889 jangkitan baharu, lapan kematian
Jumlah kes harian dalam negara terus catat peningkatan dengan 1,889 lagi individu disahkan positif COVID-19 pada Rabu. Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 365,829 setakat hari ini.
8. Polis buru lelaki pijak, acu pisau, ugut bunuh dua anak
Rakaman perbuatan seorang lelaki mendera dua anaknya yang masih kecil dengan memijak sambil mengacukan pisau dan mengugut untuk membunuh mereka menjadi tular sejak Selasa.
9. MKMA63 kembalikan kuasa pentadbiran Sipadan, Ligitan kepada Sabah, kawalan agihan gas kepada Sarawak
Sabah kini mempunyai hak mutlak terhadap pentadbiran Sipadan dan Pulau Ligitan, manakala Sarawak akan diberikan kawalan penuh terhadap pengurusan sumber gas negeri itu.
10. Dua 'bodyguard' dipukul, diacu pistol, diugut bunuh kerana berpuasa
Hanya kerana berpuasa di bulan Ramadan, dua pengawal peribadi dipercayai dipukul sehingga cedera dan menerima ugutan bunuh daripada majikan mereka di sini, pada Selasa.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita pilihan
#berita utama
#berita Malaysia
#Astro Awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan