MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 April 2021.
Sepasang suami isteri parah selepas kereta dinaiki bersama anak mereka bertembung sebuah kenderaan lain yang dipandu secara melawan arus, di sini, malam tadi.
Ebit Lew beli khemah, bantu peniaga bazar Ramadan terjejas akibat ribut
2. Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang pada lewat petang sejak kebelakangan ini pastinya memberi kesan, khususnya kepada peniaga bazar Ramadan.
3. Guru ditemui meninggal dunia dalam keretaSeorang guru meninggal dunia di dalam sebuah kereta yang diparkir di hadapan rumah di Kuarters Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap di sini, petang Rabu.
Tiga lelaki direman lima hari manakala seorang lagi selama tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis berhubung kes dua pekerja lelaki yang dipukul dan diacukan pistol oleh majikan kerana berpuasa.
Perdana Menteri berkata pengisytiharan tersebut dilakukan dengan tujuan utama membendung penularan pandemik COVID-19 serta mempercepatkan langkah perundangan berkaitan pengurusan wabak itu.
Penangkapan lima suspek suspek kes pukul dua pengawal peribadi hanya kerana mereka berpuasa, membongkar aktiviti sindiket perjudian dalam talian, pengubahan wang haram dan along.
Polis akan mendapatkan waran baharu bagi tujuan membuat permohonan notis merah untuk terus menahan ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang di negara ini sekiranya berada di luar negara.
Rentas negeri mungkin akan dibenarkan sekiranya kes harian COVID-19 di Malaysia mencatatkan penurunan ketara menjelang akhir Ramadan kelak.
Jumlah kes harian dalam negara terus mencatatkan peningkatan dengan 2,148 lagi individu disahkan positif COVID-19 pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, dalam satu kenyataan berkata, Datuk Tawfiq Ayman dan seorang anaknya merakamkan percakapan di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami