awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang terus jadi tumpuan percutian, tempahan hotel capai 70 hingga 90 peratus
Rapid KL lanjut operasi rel, bas terpilih sempena ambang tahun baharu 2026
Lelaki Palestin cedera dilanggar penjarah Israel ketika solat di tepi jalan Ramallah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada niat jahat di sebalik pengisytiharan Darurat - Muhyiddin

Bernama
Bernama
15/04/2021
07:56 MYT
Tiada niat jahat di sebalik pengisytiharan Darurat - Muhyiddin
Perdana Menteri berkata pengisytiharan tersebut dilakukan dengan tujuan utama membendung penularan pandemik COVID-19 serta mempercepatkan langkah perundangan berkaitan pengurusan wabak itu. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyddin Yassin memberi jaminan bahawa tiada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat seperti beberapa kebimbangan dibangkitkan sejak kebelakangan ini.
Perdana Menteri berkata pengisytiharan tersebut dilakukan dengan tujuan utama membendung penularan pandemik COVID-19 serta mempercepatkan langkah perundangan berkaitan pengurusan wabak itu.
'Ini merangkumi penggunaan aset hospital swasta, mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih hospital swasta atau membuat permintaan menggunakan sumber hospital swasta bagi merawat pesakit COVID-19,
"Jadi, sila yakin bahawa tidak ada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat ini," katanya ketika berucap pada sesi dialog bersama industri anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di sini hari ini.
BACA: Kerajaan tidak berhasrat laksana PKP kali ketiga - PM
Perdana Menteri juga mengulangi bahawa Darurat tidak akan digunakan untuk melanggar hak asasi manusia, harta persendirian dan hak undang-undang lain.
Katanya Malaysia berpegang teguh pada prinsip kedaulatan undang-undang, justeru, ia tidak akan bertindak dengan cara yang boleh menghina prinsip undang-undang yang dipegangnya.
"Sehubungan itu, adalah penting bahawa komuniti perniagaan, baik domestik dan antarabangsa memahami ini," katanya.
Selain itu, Muhyiddin berkata usaha memerangi pandemik COVID-19 adalah tanggungjawab bersama kerajaan, sektor swasta, masyarakat dan individu dan semua pihak ini perlu berganding bahu dalam membanteras krisis ini.
Pada 12 Jan lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Darurat sehingga 1 Ogos depan atau satu tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung gelaja wabak COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#pengisytiharan darurat
#Pandemik COVID-19
#hospital swasta
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan