MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 April 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 April 2021.
1. Kerajaan tidak patut guna dana KWAN untuk perolehan vaksin, PICK - Pakar ekonomi
Kerajaan tidak sepatutnya menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) bagi perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
2. Wanita dakwa anak dipukul guru kerana tidak siap kerja sekolah
Seorang ibu mendakwa anak lelakinya berusia 9 tahun dipukul oleh seorang guru dengan menggunakan pembaris kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan pada Khamis.
3. COVID-19: Nilai R-naught naik 1.16, Kelantan tertinggi
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt) di Malaysia, kembali mencatatkan peningkatan. Nilai Rt Kebangsaan meningkat kepada 1.16 pada Khamis, berbanding 1.15 hari sebelumnya.
4. 'Pemeriksaan datang bulan' tidak sepatutnya berlaku - Rina
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyiasat dan memantau sekolah didakwa melakukan "pemeriksaan datang bulan" terhadap pelajar perempuan semasa bulan Ramadan.
5. Zuraida alu-alukan jika Tun M kerjasama dengan Perikatan Nasional
hli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, beliau bersetuju sekiranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
6. 'Fill and finish' vaksin Sinovac di Malaysia diluluskan
Vaksin COVID-19 Sinovac kini dibenarkan dikilangkan secara ‘fill and finish’ di Malaysia, pertama kali dilaksanakan dalam negara.
7. COVID-19: Malaysia catat 2,847 kes baharu, Selangor tertinggi
Sebanyak 2,847 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dalam negara dalam tempoh 24 jam lalu.
8. SOP sambutan Aidilfitri diumum minggu depan - Ismail Sabri
Prosedur operasi standard (SOP) untuk sambutan Aidilfitri bakal diumumkan minggu depan.
9. PDRM tahan 22 anggota kongsi gelap Geng 18 Dato' Suresh, Geng 21 Sunder
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap 22 lelaki dipercayai ketua serta anggota dua kumpulan kongsi gelap yang bergiat aktif di sekitar Puchong, Kapar, Serdang dan Klang dalam operasi khas Op Cantas Sinecura.
10. Tidak tepat kata Najib ada kawalan langsung ke atas 1MDB - Peguam
Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat diberitahu bahawa adalah tidak tepat untuk pendakwaan mengatakan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan langsung ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi membolehkan beliau menggunakan kuasanya yang didakwa menyebabkan wang dana negara itu mengalir ke dalam akaun bank peribadinya.