awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Malaysia catat 2,847 kes baharu, Selangor tertinggi

Isabelle Leong
Isabelle Leong
23/04/2021
09:29 MYT
COVID-19: Malaysia catat 2,847 kes baharu, Selangor tertinggi
Lapan kematian baharu dalam negara sepanjang 24 jam lalu, kata Dr Noor Hisham, melibatkan tujuh warganegara dan seorang bukan warganegara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,847 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dalam negara dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jangkitan baharu itu melibatkan 2,843 kes penularan tempatan dan empat kes import.
Dr Noor Hisham berkata, perkembangan terbaharu itu juga sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kini sebanyak 387,535.
Menerusi satu ciapan di laman Twitter, beliau memaklumkan, Selangor mencatatkan jumlah paling tinggi dengan 748 kes, diikuti Sarawak (717), Kuala Lumpur (302) dan Johor (130).
Sementara Perlis tidak mencatatkan sebarang kes baharu.
Sehingga 23 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 2,847 (387,535 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 748 (126,492) Sabah - 82 (57,406) Johor - 130 (44,002) WP KL - 302 (41,514) Sarawak - 717 (26,749). 1/2
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 23, 2021
Pulau Pinang - 89 (18,811) N Sembilan - 105 (18,207) Perak - 45 (14,270) Kelantan - 476 (10,675) Kedah - 44 (9,363) Melaka - 42 (7,095) Pahang - 39 (4,893) Terengganu - 11 (3,952) WP Labuan - 3 (2,442) WP Putrajaya - 14 (1,310) Perlis - 0 (354) 2/2
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 23, 2021
Dalam perkembangan sama, sebanyak 2,341 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 363,608 bersamaan dengan 93.8 peratus.
Kata Dr Noor Hisham lagi, dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara merekodkan lapan kematian baharu melibatkan tujuh warganegara dan seorang bukan warganegara menjadikan jumlah korban akibat COVID-19 sehingga kini sebanyak 1,415.
COVID-19: 23 April 2021 J kes sembuh: 2,341 J kumulatif: 363,608 (93.8%) J kes baru: 2,847 J kumulatif: 387,535 J kes aktif: 22,512 Kes local: 2,843 (2,601WN, 242BWN) Kes import: 4 BWN J kematian:8 (7WN, 1BWN) J kumulatif:1,415 (0.37%) J kes di ICU:260 Pesakit Intubated:125 pic.twitter.com/iRoQxaELp0
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 23, 2021
Beliau turut memaklumkan, 260 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 125 menerima bantuan alat pernafasan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Selangor
#Sarawak
#Kuala Lumpur
#Perlis
#Johor
#kematian
#unit rawatan rapi
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan