awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Nilai R-naught naik 1.16, Kelantan tertinggi

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2021
22:47 MYT
COVID-19: Nilai R-naught naik 1.16, Kelantan tertinggi
Setakat ini, kadar Rt Kebangsaan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan PKP 13 Januari lalu ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt) di Malaysia, kembali mencatatkan peningkatan.
Nilai Rt Kebangsaan meningkat kepada 1.16 pada Khamis, berbanding 1.15 hari sebelumnya.
Kelantan merekodkan Rt tertinggi di seluruh negara semalam, iaitu pada kadar 1.53.
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi infografik disiarkan di Twitter rasminya memaklumkan negeri itu merekodkan kes harian baharu tertinggi semalam iaitu 663 kes dalam tempoh 24 jam.
Sementara itu, nilai Ro/Rt Kebangsaan naik sedikit kepada 1.16 daripada 1.15. #StaySafeStayHealthy pic.twitter.com/eippuVZwaT
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) April 23, 2021
Negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kadar Rt tinggi melebihi angka 1.0 adalah Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Putrajaya.
Sementara itu, Pulau Pinang, Perak dan Labuan antara negeri dan wilayah yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.
BACA: COVID: Fasiliti hospital, PKRC Kelantan penuh, petugas kesihatan tidak mencukupi - Exco
BACA: Asrama sekolah di Salor, Kelantan jadi PKRC untuk pelajar positif COVID-19
Setakat ini, kadar Rt Kebangsaan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 13 Januari lalu ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April lalu.
BACA: "Toksoh takut keno vaksin" - Nasihat warga emas di Kelantan
Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
KKM pada Khamis melaporkan 2,875 kes baharu COVID-19 dikesan.
Topic Berkaitan
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#kesihatan
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#kes positif
#kadar kebolehjangkitan
#R naught
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan