Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 9, 2021 15:50 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mei 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mei 2021.
1. Negara tiada katil di ICU jika orang ramai tidak tinggal di rumah - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan memberi amaran akan tiba masanya negara tidak mempunyai katil unit rawatan rapi (ICU) yang mencukupi.
2. Perkhidmatan pengangkutan awam di stesen dan terminal tersenarai dalam sistem HIDE terus beroperasi
Semua perkhidmatan pengangkutan awam di stesen dan terminal yang tersenarai di bawah sistem amaran awal Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) akan terus beroperasi.
3. Lebih 500 kenderaan cuba masuk Kelantan diarah berpatah balik - Polis
Lebih 500 kenderaan yang cuba memasuki negeri ini telah diarah berpatah balik semalam kerana tidak memiliki surat kebenaran rentas negeri, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat.
4. COVID-19: Pemimpin politik perlu jadi contoh kepada rakyat, tunjuk teladan hapus pandemik
Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abdul Muis berkata, pertikaian politik tidak akan memberi keuntungan kepada mana-mana pihak tatkala krisis kesihatan ini masih belum reda.
5. Senarai HIDE yang dikeluarkan tidak adil dan cetus panik, dakwa persatuan peruncitan
Persatuan-persatuan mewakili sektor peruncitan mendesak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) agar menghentikan sementara sebarang pengumuman berdasarkan sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) sehingga maklumat yang dikumpul lebih tepat dan jelas.
6. Pakatan Harapan tubuh sembilan jawatankuasa baharu
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan penubuhan sembilan jawatankuasa bawah PH sempena ulang tahun ketiga sejak kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
7. Awie sedia beri kerjasama pada polis, minta masyarakat jangan cepat menghukum
Penyanyi terkenal, Datuk Awie akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis susulan video tular yang memaparkan beliau menyanyikan lagu sambil dikelilingi beberapa individu di sebuah majlis berbuka puasa di Melaka pada Jumaat lalu.
8. Kasih seorang sahabat: "Meh balik raya dengan ambe deh"
Bimbang keselamatan sahabat baik yang mempunyai masalah penglihatan terhad menyambut Aidilfitri bersendirian di kampus kerana tidak dapat pulang ke Sabah, penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Mohd Amirol Ridzuan Aripin, 23, nekad membawanya pulang ke kampung di Kemaman.
9. COVID-19: 3,733 kes baharu, Malaysia catat rekod tertinggi 26 kematian
Malaysia mencatatkan 3,733 kes baharu COVID-19 hari ini, dengan rekod kematian tertinggi baharu sebanyak 26 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan kes COVID-19 kini sebanyak 440,677 kes.
10. Rentas daerah, negeri: Pesakit ada janji temu doktor tidak perlu kebenaran polis - Ismail Sabri
Pesakit yang mempunyai janji temu doktor dan rawatan berjadual di klinik atau hospital tidak perlu mendapatkan surat kebenaran polis, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
#berita pilihan #berita tumpuan #berita tempatan #berita Malaysia