ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 16 Jun 2021.

1. Vaksin COVID-19: Jumlah suntikan harian tertinggi, 215,876 dos didaftarkan

Sebanyak 215,876 dos diberikan sekali gus mencapai sasaran angka lebih 200,000 dos harian.

2. Fokus Agong cari penyelesaian masalah dua 'P' - Shamsul Amri

Isunya ialah, politik dan penyakit, dua ‘P’ ini perlu diselesaikan dalam negara ketika ini, kata Pengerusi Majlis Profesor Negara Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin.

3. Guru terperanjat nama didaftarkan sebagai anggota RELA sejak 2011

Seorang guru sekolah menengah di sini membuat satu laporan polis setelah mendapati namanya didaftarkan sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) tanpa pengetahuannya.

4. Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu: Pemangku Raja Pahang pertama tiba di Istana Negara

Sesi Perbincangan Khas antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah bersama Majlis Raja-raja Melayu berlangsung di Istana Negara, hari ini.

5. Raja-Raja Melayu perlu pilih PM baharu - Ku Li

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu, Raja-Raja Melayu bertanggungjawab memainkan peranan keperlembagaan itu selepas Dewan Rakyat berdepan kesukaran memilih Perdana Menteri.

6. Tiada keperluan darurat dilaksanakan - Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat PH

Pendirian kami ialah tiada keperluan untuk darurat dilaksanakan, sebaliknya pelaksanaan PKP yang lebih ketat adalah kaedah terbaik, kata mereka.

7. Lebih baik ada telefon pintar daripada tiada - MB Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad menegaskan bahawa telefon pintar yang diberi secara percuma oleh Yayasan YTL kepada pelajar bersesuaian untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan sudah berjaya membantu ribuan pelajar dalam kalangan B40.

8. COVID-19: 5,150 kes baharu, 7,240 kes sembuh

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, dengan jumlah terbaharu itu ia menjadikan jumlah kes di negara ini meningkat kepada 673,026.

9. Parlimen perlu bersidang secepat mungkin - Agong

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

10. Tiada keperluan letak negara dalam darurat selepas 1 Ogos - Raja-Raja Melayu

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan berkata, ia antara salah satu daripada tujuh perkara yang dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu selepas diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung di Istana Negara, hari ini.