ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Julai 2021.

1. Malaysia negara pertama di Asia Tenggara terima sumbangan vaksin Pfizer dari AS - Khairy

Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menerima sumbangan vaksin Pfizer menerusi Program Perkongsian Vaksin Global (Covax), Amerika Syarikat (AS).

2. Vaksin COVID-19: Suntikan harian 206,015 dos, 8 peratus kini lengkap divaksin

Perkembangan ini semakin menghampiri nilai ambang 10 peratus untuk peralihan ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara.

3. COVID-19: Hospital swasta sedia kakitangan terlatih bantu hospital kerajaan

Kebanyakan hospital swasta bersetuju untuk menyediakan kakitangan jururawat terlatih sebagai bantuan awal secara berperingkat, kepada kerajaan bagi membantu menguruskan pesakit COVID-19 di hospital awam terpilih di Lembah Klang.

4. Mesyuarat Khas Parlimen bermula 26 Julai

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 akan diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat.

5. Zahid jumpa MP UMNO malam ini?

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan 37 Ahli Parlimen UMNO malam ini.

6. Pulau Pinang beralih ke Fasa 2 PPN

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Pulau Pinang berkuat kuasa 7 Julai 2021, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

7. Jangan heret Raja-Raja ke kancah politik - Presiden Pas

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pihak pembangkang bermain politik dengan sengaja mengeret Raja-Raja Melayu ke kancah politik.

8. Chong Wei sah tidak ke Olimpik Tokyo - Reezal Merican

Ketua kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo, Datuk Lee Chong Wei tidak akan ke Jepun atas faktor kesihatan dan nasihat doktor yang tidak membenarkannya ke luar negara.

9. Bayi maut ditetak bapa saudara - Ketua Polis Selangor

Akibat kesempitan hidup, seorang bayi perempuan berusia setahun maut akibat ditetak bapa saudaranya dalam kejadian di Kampung Parit Mahang, Jeram, Selangor pada Ahad.

10. COVID-19: 77 kematian baharu, 13 merupakan kes BID

Sejumlah 77 kes kematian baharu direkodkan hari ini dengan 13 daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba ke hospital (BID).